TUMPAT: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor merampas pod vape bernilai RM475,00 yang cuba diseludup ke negara jiran dalam serbuan di sebuah stor kosong Kampung Tebing di sini pada Isnin.
Pegawai Pemerintah PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor, Asisten Superintendan Mohd Rudzuan Ahmad berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan anggota yang sedang melakukan rondaan menerusi Op Benteng COVID-19 (Op Landai/Op Kontraban) membuat serbuan di lokasi tersebut pada jam 8 malam.
Menurutnya, apabila sampai di lokasi, sepasukan anggota yang diketuai seorang pegawai mendapati pintu premis berkenaan tidak berkunci.
"Hasil pemeriksaan, anggota menemui sembilan kotak mengandungi pelbagai jenis vape.
"Anggota PPM telah menunggu hampir 30 minit, namun tiada sesiapa yang tampil mengaku sebagai pemilik kepada barangan tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.
Beliau berkata, kesemua barangan rampasan dibawa balik ke Markas Operasi PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor untuk laporan polis dan tindakan lanjut.
"Kesemua barangan tersebut dipercayai untuk diseludup ke negara jiran.
"Kes tersebut disiasat bawah Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jan 04 2022

Pegawai PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor merampas pod vape bernilai RM475,000 yang cuba diseludup ke negara jiran dalam serbuan di sebuah stor kosong Kampung Tebing, Tumpat pada Isnin. -Foto Sinar Harian

Tiada lagi pendekatan 'tembok besi' antara kerajaan - pembangkang, kata Annuar
'Tembok besi' antara kerajaan dan pembangkang tidak boleh diambil lagi kerana kestabilan politik demi menjaga kebajikan Keluarga Malaysia.

Diskaun 90 peratus kompaun di bawah Akta Syarikat 1965 dilanjut
Di bawah insentif ini, syarikat dan pengarah syarikat layak mendapat pengurangan 90 peratus dari nilai asal kompaun.

Warga emas cedera dirodok bison jantan di taman negara AS
Kejadian berlaku pada Rabu ketika wanita berusia 71 tahun tersebut bersama anaknya sedang berjalan menuju ke kereta mereka.

MyEzyCover.com bakal manfaatkan 1.6 juta penjawat awam tetap, kontrak
Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia MyEzyCover.com bakal memberi manfaat kepada 1.6 juta penjawat awam termasuk bertaraf kontrak, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

MyEzyCover.com akan diperluas kepada GLC, GLIC, sektor swasta
Program Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia MyEzyCover.com akan diperluaskan kepada kakitangan GLC, GLIC dan sektor swasta dalam masa terdekat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Vaksin COVID-19: FDA mahu dos penggalak sasar subvarian BA.4, BA.5 Omicron
Jika diluluskan, ia menandakan perubahan besar pertama vaksin COVID-19.

Najib nafi minta Anwar gugurkan kes mahkamah
Najib menegaskan, beliau tidak pernah meminta mana-mana individu untuk mengugurkan kesnya di mahkamah melalui pengaruh politik.

Penjawat awam bakal nikmati skim ansuran beli, baharui insurans kenderaan - PM
Pakej pembiayaan secara ansuran sehingga 10 bulan tanpa faedah ditawarkan kepada penjawat awam tetap dan kontrak.

JAWI rangka ketetapan baharu ibadah korban
Kesemua masjid dan surau di Wilayah Persekutuan dibenar untuk melaksanakan ibadah korban

50 pasukan sertai Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan 2022
Tahun ini KRM memperuntukkan bantuan geran sebanyak RM1,000 kepada setiap pasukan bertanding.

PPM Tawau rampas rokok seludup bernilai lebih RM500,000
Sebuah bot laju dari perairan Pulau Sebatik, Indonesia dikesan menuju ke perairan Kampung Titingan Tawau dalam keadaan mencurigakan.

Dicekup ketika punggah rokok seludup RM1.1 juta
Dicekup ketika punggah rokok seludup RM1.1 juta

Peniaga disyaki miliki rokok seludup, ganja
Rokok seludup dan ganja itu dipercayai dibawa masuk dari negara jiran untuk dipasarkan di sekitar bandar Tanah Merah.

Sindiket edar rokok seludup lebih RM1 juta tumpas
Sindiket berkenaan menyasarkan buruh binaan warga asing di sekitar Seremban sebagai pelanggan utama mereka.

Lelaki warga asing ditahan seludup 172 kotak minuman keras
Semakan lanjut mendapati lelaki berusia 45 tahun itu tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Lari tinggalkan kain batik bernilai RM70,400
MPV itu ditahan pada jam 11 pagi selepas anggotanya mengekori sejauh 30 kilometer (km) bermula dari Pengkalan Kubor.

Polis rampas arak seludup bernilai RM32,000
Polis menahan seorang lelaki warga Bangladesh berusia 29 tahun pada jam 5 petang.

Banglo jadi stor simpan mercun, minuman keras diserbu
Siasatan di tempat kejadian turut mendapati lebih separuh mercun dan minuman keras yang dirampas dipercayai telah dijual.

Penyeludup beras lari tinggalkan kereta
Anggota PGA terserempak dengan kereta itu yang baru meninggalkan pangkalan haram Kuala Tat dalam keadaan mencurigakan.

PPM rampas pod vape bernilai RM475,000
Kesemua barangan tersebut dipercayai untuk diseludup ke negara jiran.