Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 bukan sahaja akan membentuk pengetua, guru besar dan guru berprestasi tinggi dan futuristik malah melahirkan pelajar berfikiran kritis dengan kemahiran berkomunikasi.
Perkara itu disuarakan beberapa pengetua dan guru besar yang ditemui Bernama baru-baru ini, sambil menjelaskan PPPM merupakan dasar pendidikan negara yang dibentuk sesuai dengan perkembangan semasa dunia pendidikan yang semakin mencabar.
Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Tinggi, Klang, Norrifin Mohd Ali berkata secara praktikalnya dasar itu perlu diaplikasi bersama Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam pembelajaran untuk memastikan pelajar berfikiran holistik iaitu kritis, inovatif, kreatif dan boleh menyelesaikan masalah.
"Kita mahu pelajar yang kita lahirkan nanti mampu menyelesaikan masalah secara praktikal, klinikal dan logik. Maknanya penyelesaian itu boleh diterima akal dan penyelesaian itu kita panggil realistik iaitu bersesuaian dengan situasi semasa," katanya.
Katanya meskipun visi dan misi yang hendak dicapai dalam PPPM dilihat agak mencabar, namun ia tidak membebankan guru sekiranya ia dapat difahami dan dikuasai dengan baik.
"Bagaimanapun sedikit penambahbaikan perlu dilakukan iaitu dari segi sistem penilaian seperti Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang dilaksanakan ketika ini bagi Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dapat diteruskan dan dikembangkan dari sekolah rendah sehingga ke menengah bermula dari sekarang.
"Ini kerana penilaian melalui sistem PBS dapat menilai pelajar secara menyeluruh bukan dari segi akademik semata-mata," kata Norrifin.
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Molek, Johor Soh Rosie berpendapat bahawa idea dasar itu adalah terbaik namun ia memerlukan kerjasama daripada semua pihak.
"Sistem ini tidak akan berjaya tanpa sokongan padu masyarakat sekeliling. Semua orang perlu beri sokongan untuk mencapai objektif dasar ini," katanya.
Mengenai bebanan tugas guru yang masih dipenuhi dengan kerja-kerja dokumentasi dan pemfailan, beliau berpendapat ia perlu dikaji semula.
Rosie berkata walaupun berada pada zaman digital, tetapi masih ada permintaan 'salinany' daripada guru-guru kerana masih banyak lagi urusan yang perlu menggunakan kertas sedangkan kita menuju sistem 'paperless'.
Perkara itu turut disokong Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Lanadron, Panchor, Muar S. Jeganathan yang menurutnya tugas guru ketika ini masih dipenuhi kerja dokumentasi dan pemfailan.
"Guru kini lebih banyak buat kerja pemfailan daripada mengajar dalam kelas... ini perlu dilihat semula dan berharap kementerian mengambil tindakan sewajarnya untuk mengatasi masalah ini," katanya.
Berdasarkan misi dan visi Kementerian Pendidikan, PPPM yang kini memasuki gelombang kedua antara lain berobjektif melahirkan modal insan yang berkebolehan untuk belajar, bekerja, berkomunikasi dan berkebolehan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dengan baik.
Gelombang tiga dari 2021-2025 akan memfokuskan kepada anjakan ke arah kecemerlangan dengan peningkatan keluwesan operasi. Pada pemulaan gelombang tiga ini, semua sekolah, guru dan pengetua/guru besar perlu menujukkan prestasi melebihi standard minimum. Pada masa itu, semua pengetua/guru besar mesti berprestasi tinggi kesuluruhannya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 24 2017
PPPM 2013-2025 akan membentuk pengetua, guru besar dan guru berprestasi tinggi dan futuristik malah pelajar berfikiran kritis. - Gambar hiasan
[INFOGRAFIK] Penstrukturan Semula Akaun KWSP | Berkuatkuasa 11 Mei 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Penstrukturan Semula Akaun KWSP.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
Kekejaman zionis: Universiti Columbia ilhamkan gelombang protes nasional
Protes di Universiti Columbia membantah perang Israel di Gaza telah mencetuskan gelombang demonstrasi serupa di kampus kolej seluruh Amerika Syarikat.
Pemilik stesen minyak didenda RM30,000 jual RON95 kepada kenderaan asing
Hakim menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Naziruddin Abu Hassan, 61, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Komen jelik tentang nahas helikopter TLDM, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping pada Jumaat, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, yang mengorbankan 10 mangsa.
Lima laluan ditutup sementara sempena hari penamaan calon PRK KKB esok
Jalan yang terlibat bagi penutupan sementara itu ialah Jalan Merdeka, Jalan Abdul Hamid, Jalan Dato Muda Jaafar, Jalan Mat Kilau dan Jalan Kamarudin.
[TERKINI] Mahasiswa bersama Palestin
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis untuk menyampaikan seminar ilmiah, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan mereka terhadap Zionis dan sokongan mereka terhadap perjuangan membebaskan Palestin.
#AWANInews
#AWANInews
[TERKINI] Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Universiti Malaya sebelum ini menerima kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dan menuduh ahli politik Malaysia yang menyokong perjuangan Palestin menyebarkan kebencian terhadap Yahudi.
AWANI Ringkas: Peniaga didenda RM23,000, komen jelik nahas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Proses pengantarabangsaan universiti perlu disokong dengan aktiviti mahasiswa
Bagi Malaysia, pembangunan sistem pendidikan tinggi telah diberikan fokus oleh kerajaan termasuk pelan mengantarabangsakan sektor pendidikan tinggi.
Portal rasmi Halal Malaysia telah beroperasi semula pada Rabu lepas - JAKIM
Portal rasmi Halal Malaysia mula beroperasi kembali pada Rabu setelah tindakan pembaikan selesai dilakukan susulan pencerobohan yang dikesan pada 9 Dis lepas.
MCMC rancang bangunkan program latihan berkaitan kod teknikal
Ia bagi meningkatkan kualiti dan kebolehpercayaan perkhidmatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam negara.
Inisiatif JENDELA terima pengiktirafan antarabangsa dalam anugerah WSIS 2023
MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan keputusan akhir pemenang akan diumumkan pada Majlis Anugerah WSIS 2023 anjuran Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) sempena WSIS Forum 2023.
Sultan Selangor titah nazir guna ICT pantau aktiviti masjid
Sultan Selangor menitahkan nazir di semua masjid seluruh negeri memperuntukkan sebahagian daripada kewangan masjid bagi menyediakan kelengkapan ICT.
Malaysia perkukuh peranan ICT melalui penyertaan ADGMIN3
Fahmi telah mengetuai Delegasi Malaysia ke mesyuarat berkenaan yang diadakan pada 9 dan 10 Februari lalu di Boracay, Republik Filipina.
Hubungan dua hala Mesir-Malaysia harus fokus pada sektor berpotensi - Sameh Hassan
Sameh Shoukry berkata Malaysia merupakan negara maju dalam ICT dan sedang menuju ke arah menjadi hab digital serantau di Asia Tenggara.
Serba Dinamik yakin kembali ke landasan dua tahun lagi
Serba Dinamik Holdings Bhd optimis untuk kembali ke landasan yang tepat dalam tempoh dua tahun akan datang.
MyGovCloud@PDSA tingkat kecekapan sektor awam dengan pengkomputeran awan
MyGovCloud@PDSA merupakan perkhidmatan cloud hosting yang menyediakan sejumlah sumber, iaitu rangkaian, server, storan dan sistem operasi secara maya.
Gabungan teknologi digital pamer kelainan sambutan Hari Kebangsaan 2021 - KSU KKMM
Selain mengoptimumkan keupayaan teknologi digital, sambutan itu tidak akan melibatkan persembahan perbarisan dan kebudayaan seperti kelaziman.