awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PPPM akan tetap dilancarkan - TPM

Astro Awani
Astro Awani
01/08/2013
05:06 MYT
PPPM akan tetap dilancarkan - TPM
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) tetap dilancarkan 6 September ini, walaupun mendapat tentangan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia, Dong Zong. Sebanyak RM125 juta telah diperuntukkan bagi melaksanakan PPPM yang akan dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau yang juga Menteri Pendidikan berkata, kerajaan tidak akan tunduk atau takut dengan desakan Dong Zong kononnya PPPM akan menghapuskan bahasa Cina dan sekolah-sekolah vernakular. Muhyiddin berkata, “Dia hendak menentang, pergi ke seluruh negara untuk mendapatkan tandatangan hendak menghantar memorandum kepada perdana menteri tetapi tidak hantar kepada saya. Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab bela perjuangan bangsa Melayu dan negara, kita akan teruskan tanpa rasa terganggu, tergugat atau takut berhadapan dengan mereka.” Beliau berkata, jika Malaysia tidak mengambil langkah berkenaan bidang pendidikan akan mundur kerana pelan tersebut adalah menyeluruh serta merangkumi semua aspek. Muhyiddin seterusnya mencabar Dong Zong untuk membaca dan meneliti isi kandungan pelan berkenaan yang sama sekali tidak memansuhkan bahasa Cina atau sekolah jenis kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil.
Topic Berkaitan
#Dong Zong
#PPPM
#Tan Sri Muhyiddin Yassin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan