awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PPS dibuka di Bentong tempatkan 111 mangsa banjir

Bernama
Bernama
19/02/2025
13:00 MYT
PPS dibuka di Bentong tempatkan 111 mangsa banjir
Hujan lebat berterusan sejak semalam mengakibatkan kawasan Karak, Bentong dilanda banjir dengan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa yang terjejas hari ini. - Gambar fail
KUANTAN: Hujan lebat berterusan sejak semalam mengakibatkan kawasan Karak, Bentong dilanda banjir dengan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa yang terjejas hari ini.
Aplikasi InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat merekodkan 111 mangsa daripada 31 keluarga iaitu 74 dewasa, 33 kanak-kanak dan empat bayi ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Karak Setia setakat 6.25 petang tadi.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Bentong Lt (PA) Azizah Husain berkata pihaknya mula memindahkan mangsa yang terdiri daripada penduduk Kampung Pasir Karak Setia ke PPS berkenaan pada 11 pagi tadi berikutan trend air menunjukkan peningkatan.
"Hujan bermula sekitar 8 malam semalam dan reda pada 5 pagi. Pada awal pagi tadi terdapat mangsa sudah berpindah sendiri ke lokasi selamat dan menjelang petang hujan telah pun berhenti," katanya ketika dihubungi Bernama.
Azizah berkata pihaknya sentiasa berada di lokasi terjejas bagi memantau keadaan semasa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PPS
#Bentong
#banjir
#hujan lebat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan