Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyokong penuh tindakan polis menahan lebih 150 anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) di Pulau Pinang semalam, selepas pasukan itu ingkar amaran supaya tidak menjalankan sebarang aktiviti kerana disifatkan sebagai pertubuhan haram.
Menteri berkenaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, penahanan anggota PPS itu dibuat berdasarkan peruntukan undang-undang selepas Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengeluarkan surat rasmi yang menyatakan bahawa pertubuhan itu tidak berdaftar dengan ROS.
"Walaupun pihak polis mengalu-alukan semua individu dan organisasi serta pihak tertentu untuk membantu polis di dalam menjaga keamanan, tetapi pendekatan untuk mencabar polis bukan sesuatu yang bijak.
"Tentu sekali apa yang sedang berlaku itu (penahanan anggota PPS) adalah akibat daripada tindakan mencabar undang-undang yang sedia ada," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Segambut, di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai penahanan 154 orang anggota pasukan itu di kawasan Padang Kota, Pulau Pinang, semalam.
Ahmad Zahid berkata, kementeriannya dan beberapa kementerian lain telah mempunyai badan-badan sukarela yang ditubuhkan untuk membantu pihak polis menjaga keamanan negara.
Katanya, di bawah KDN, pasukan seperti Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) telah ditubuhkan selain Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).
"Kalau mahu menjaga soal keselamatan kita ada RELA, ada program Community Policing, kita ada Rakan Cop yang boleh membantu dan pasukan Rukun Tetangga...tidak perlu menubuhkan pertubuhan lain," katanya.
Beliau menambah, soal menjaga keselamatan terletak di bawah kerajaan Persekutuan seperti yang termaktub dalam perundangan dan perlembagaan negara dan bukannya bidang kuasa kerajaan negeri.
Ahmad Zahid berkata, berdasarkan laporan yang diterima pihak polis, terdapat di kalangan anggota PPS yang melakukan tindakan di luar batas seperti memukul, mengugut dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada orang ramai.
"Tindakan ini di luar perundangan kerana seolah-olah mereka menggunakan kuasa polis...itu bukan tugas sukarelawan. Saya harap masyarakat dapat melihat tindakan yang dilakukan polis kerana adanya laporan mengenai tindakan negatif mereka," katanya.
Beliau berkata, tindakan sama turut akan dikenakan terhadap mana-mana pasukan atau pertubuhan yang tidak berdaftar dengan ROS.
Khamis lepas, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menjelaskan bahawa kerajaan Persekutuan tidak membenarkan mana-mana negeri menubuhkan pasukan keselamatan mereka sendiri kerana soal keselamatan adalah tanggungjawab kerajaan Persekutuan.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini turut mengeluarkan kenyataan bahawa PPS dianggap sebagai pertubuhan yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 41 Akta Pertubuhan kerana tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Bernama
Mon Sep 01 2014
ZAHID: Penahanan anggota PPS dibuat berdasarkan peruntukan undang-undang.
Sirah Nabi Muhammad SAW akan ‘lebih hidup’ selepas ini…
Penerokaan teknologi ini yang dibuat kerajaan Arab Saudi mampu mencambah pemahaman umat Islam yang mengunjunginya.
Malaysia tidak lupa pengorbanan wira perang Australia dan New Zealand di Sandakan
Katanya, kenangan mengenai tawanan perang yang menderita ketika kejadian kawad maut yang terkenal itu terukir di Taman Peringatan Sandakan.
AWANI Pagi: Kesan kesihatan makan lewat malam
Benarkah dakwaan makan lewat malam boleh mengakibatkan masalah kesihatan dan obesiti, hingga wujud desakan kedai makan 24 jam dilarang beroperasi 24 jam? Ikuti penjelasannya bersama Prof Dr Norhasmah Sulaiman, Profesor Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains, Kesihatan Universiti Putra Malaysia.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Kes Guan Eng: BUCG tidak sepatutnya terlibat dalam mesyuarat sedia dokumen RFP - Saksi
Mahkamah Sesyen hari ini diberitahu bahawa syarikat Beijing Urban Construction Group Sdn Bhd (BUCG) tidak sepatutnya terlibat dalam mesyuarat atau perbincangan bagi penyediaan dokumen permintaan untuk
Anwar Ibrahim tiba di Istana Negara untuk menghadap Agong
Ahli Parlimen Port Dickson itu menjadi wakil ketua pemimpin politik kedua yang menghadap Al-Sultan Abdullah selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Pakatan Harapan belum putuskan anggota jawatankuasa penaja - Guan Eng
Setakat ini, belum ada pengesahan mengenai senarai anggota jawatankuasa penaja itu, yang akan dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS).
'PKR tolak PRN Pulau Pinang kerana rakyat cemuh DAP' - Syed Ali
Pakatan pembangkang sebenarnya tidak yakin memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Pulau Pinang jika diadakan secara mengejut seperti yang dicadangkan DAP.
Hina Aidilfitri: 'Kenapa Mat Sabu diam sahaja?' - Pemuda UMNO
Pemuda UMNO hairan dengan sikap membisu Presiden PAN, Mohamad Sabu terhadap tindakan Nga Kor Ming yang memuat naik lukisan karikatur di akaun Facebooknya yang menghina Aidilfitri.
'Kor Ming dalang api perkauman negara' - Pemuda UMNO
Pemuda UMNO mendesak anggota Parlimen Taiping, Nga Kor Ming meminta maaf secara terbuka di atas perbuatannya yang memuat naik lukisan karikatur di akaun Facebooknya yang menghina Aidilfitri.
'Kor Ming hina Aidilfitri, mahu alih isu Guan Eng' - Armand
Tindakan Nga Kor Ming yang memuat naik status dalam akaun Facebook miliknya yang menghina sambutan Hari Raya Aidilfitri dilihat cubaan mengalih pandangan rakyat dalam isu rasuah Lim Guan Eng.
Debat Taman Manggis: 'Kenapa perlu berdalih?' - Guan Eng
Lim Guan Eng menegaskan bahawa pencabarnya, Datuk Abdul Rahman Dahlan tidak mempunyai sebab untuk tidak mengadakan debat pada 16 April ini.
#ICYMI: Berita pilihan pengarang (14 - 20 Mac, 2016)
Berikut adalah berita pilihan pengarang Astro AWANI bagi minggu bermula 14 sehingga 20 Mac.
Jangan 'double standard' Guan Eng dengan Khir Toyo - Syed Rosli
SPRM diminta menyiasat kontrak pembelian banglo Ketua Menteri Pulau Pinang sama seperti prosedur yang dijalani bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo yang membeli banglonya di Shah Alam.