KUALA LUMPUR: Sebanyak 17 buah bas ekspres Mara Liner Sdn Bhd diubah suai menjadi pusat pemberian vaksin (PPV) bergerak untuk digunakan bagi mempercepatkan proses vaksinasi kepada komuniti luar bandar, khususnya masyarakat Orang Asli di seluruh Semenanjung.
Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkata, setiap unit PPV bergerak bas Mara Liner mempunyai sembilan kaunter vaksinasi termasuk satu untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU), serta boleh memberikan vaksin kepada 1,200 penerima apabila beroperasi selama 10 jam.
"Sebagai percubaan, dua unit PPV bergerak Mara Liner akan berlepas ke Sungai Siput di Perak Sabtu ini untuk membantu pemberian vaksin kepada masyarakat Orang Asli di beberapa kampung sekitar kawasan itu.
"Perak merupakan negeri yang mempunyai masyarakat Orang Asli paling ramai selain Pahang," katanya kepada pemberita selepas meninjau PPV bergerak Mara Liner Sdn Bhd di Depoh Mara Liner di Batu Muda dekat sini hari ini.
Beliau berkata operasi PPV bergerak Mara Liner merangkumi beberapa kaunter yang didirikan di bawah khemah bersebelahan PPV bergerak berkenaan termasuklah kaunter untuk proses pengesahan, pendaftaran, konsultasi dan pemerhatian kepada penerima vaksin.
Semua kaunter ini adalah selaras dengan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM), katanya.
Dr Abdul Latiff berkata setiap PPV bergerak Mara Liner akan dilengkapi dua orang doktor dan jururawat dari U.n.i KLINIK, rangkaian klinik yang dibangunkan melalui program (ProSPEC) di bawah Mara sementara bekalan vaksin adalah daripada KKM.
Menurut beliau PPV berkenaan akan memberikan vaksin kepada komuniti luar bandar tanpa mengambil kira sama ada mereka berdaftar melalui aplikasi MySejahtera atau tidak.
"Mereka di luar bandar yang tidak pernah mendaftar untuk mendapatkan vaksin masih boleh mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 di PPV bergerak Mara Liner," katanya.
Beliau berkata Kementerian Pembangunan Luar Bandar komited untuk memastikan komuniti luar bandar mendapat akses kepada vaksin COVID-19.
Sementara itu, menurut Dr Abdul Latiff setakat hari ini 28,143 daripada keseluruhan 206,000 komuniti Orang Asli di seluruh Semenanjung telah menyatakan persetujuan untuk menerima vaksin.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 22 2021

Sebanyak 17 buah bas milik Mara Liner akan dijadikan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bergerak Mara Liner bagi fasa pertama untuk komuniti Orang Asli di bawah agensi Kementerian Pembangunan Luar Bandar. - Bernama

Kemalangan | 20 maut selepas bas terlanggar lori minyak
Sekurang-kurangnya 20 maut apabila sebuah bas merempuh lori tangki minyak di lebuh raya di Punjab, Pakistan. Menurut pihak berkuasa, kemalangan yang mencetuskan kebakaran itu berlaku ketika bas tersebut dalam perjalanan dari Lahore ke Karachi.

COVID-19 | lebih 100 ribu kes baru direkodkan di Jepun
Dunia masih lagi dihantui kes jangkitan COVID-19. Di Jepun, lebih 100 ribu kes baharu dilaporkan dengan 138 ribu 613 kes baharu, dengan 204 kes kematian dicatatkan dalam tempoh 24 jam yang lepas. Menurut laporan Sistem Penyiaran Tokyo (TBS), kemasukan data baharu itu sekali gus melonjakan angka keseluruhan kes di negara Matahari Terbit itu, dengan 1 juta 371 ribu kes setakat ini.

Hari Kemerdekaan | Geopolitik mengancam keselamatan serantau - Jokowi
Menjelang Hari Kemerdekaan Indonesia pada 17 Ogos, Presiden Joko Widodo menyeru seluruh rakyat supaya bersatu dan berwaspada dalam menghadapi pelbagai krisis. Ketika menyampaikan perutusannya di Parlimen, Jokowi memberitahu ahli Parlimen dan pegawai-pegawai tertinggi kerajaan bahawa geopolitik dunia boleh mengancam keselamatan serantau.

Presiden Baharu | Situasi di Kenya tenang, tiada rusuhan
Ibu kota Nairobi dilaporkan berada dalam keadaan tenang setakat ini meskipun dibimbangi berlakunya rusuhan selepas pemilihan William Ruto sebagai Presiden baharu Kenya. Tiada protes berlaku sehari selepas Ruto diisytiharkan sebagai Presiden selepas menewaskan veteran pembangkang yang juga merupakan seteru lama Ruto, Raila Odinga.

Cuaca Panas | Gelombang panas melanda China
Jutaan warga China berhadapan dengan cuaca panas melampau apabila kebanyakan kawasan selatan negara itu mencatatkan suhu melebihi 40 darjah celcius. Jabatan Meteorologi China telah mengeluarkan amaran tahap tertinggi gelombang panas untuk lima hari berturut-turut.

Palestin-Israel | Mahkamah Israel tolak rayuan tahanan Palestin
Mahkamah Tentera di Israel pada Isnin menolak rayuan pembebasan seorang banduan rakyat Palestin yang melancarkan mogok lapar berterusan selama 165 hari. Khalil Awawdeh, salah seorang daripada banduan rakyat Palestin yang melancarkan mogok lapar sebagai bantahan terhadap hukumannya.

Kebakaran | Ribuan ekar hutan terbakar di Sepanyol
Lebih 1,000 penduduk di Alicante, Wilayah Pesisir Sepanyol terpaksa dipindahkan susulan kebakaran yang menyebabkan kemusnahan hampir 10,000 ekar hutan berdekatan. Menurut laporan berita tempatan, ratusan anggota bomba yang dikerah ke wilayah itu terus bergelut mengawal kebakaran yang berlaku di Bejis.

COVID-19 | Jill Biden positif COVID-19, alami simptom ringan
Wanita pertama yang juga isteri kepada Presiden Amerika Syarikat, Jill Biden disahkan positif COVID-19 pada Selasa. White House memaklumkan, Jill disahkan positif ketika sedang bercuti di rumah rehat keluarganya bersama Joe Biden serta anak di South Carolina.

Kertas Putih | Kaji langkah strategik demi sistem berdaya tahan
Malaysia perlu mengkaji langkah strategik bagi menjamin sistem kesihatan yang lebih lestari serta kalis masa depan. Ketua Eksekutif, Pusat Galen, Azrul Mohd Khalib berpandangan sudah tiba masanya negara melihat ia sebagai satu pelaburan agar sistem ini dapat menampung pelbagai isu yang kian berbangkit seperti penyakit tidak berjangkit, negara menua, kesihatan mental, serta isu tenaga kerja.

Isu LCS | Syor penubuhan RCI dibawa ke Kabinet
Kementerian Pertahanan akan mengemukakan kepada Kabinet berhubung syor penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat skandal pembelian kapal tempur pesisir (LCS). Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi jaminan tersebut ketika menjawab usul berkaitan projek pembinaan LCS yang dibawa oleh Senator Lim Hui Ying di Dewan Negara pada Selasa.

Bas ekspres dua tingkat bawa 25 penumpang terbalik
Bomba bertindak memecahkan tingkap hadapan bas untuk mengeluarkan kesemua 26 mangsa terlibat.

Bas ekspres terbabas di Bachok, 10 cedera
Sepuluh penumpang cedera apabila bas Ekspres Perdana dinaiki terbabas sebelum terbalik di selekoh Kampung Bator di Bachok.

Balik Gawai: Penumpang dijangka meningkat, operator bas dan bot ekspres perlu mohon penambahan perjalanan
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lee Kim Shin berkata permohonan itu perlu dibuat sekiranya berlaku peningkatan permintaan daripada pengguna sepanjang tempoh perayaan..

Pandu secara laju punca utama kemalangan babitkan bas ekspres di Kelantan
Sikap pemandu yang memandu melebihi had laju ditetapkan merupakan penyebab utama kemalangan membabitkan bas ekspres di Kelantan, kata Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kelantan Supt Shu

Penumpang cedera, kereta bertembung bas ekspres
Pemandu kereta selamat manakala penumpang di sebelahnya mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Lipis untuk menerima rawatan.

DUN Sarawak: Kapit bakal ada terminal bas dilengkapi pusat komersial baharu
Kementerian Pengangkutan Sarawak sudah mengenal pasti satu tapak untuk membangunkan sebuah pusat komersial baharu di bandar Kapit dilengkapi Terminal Bas Ekspres yang lebih kondusif.

Pemandu bas ekspres ditahan positif dadah
Lelaki berkenaan sepatutnya membawa bas ekspres dari Melaka ke Kedah dan jadual perjalanan bas tersebut adalah pada 10 malam tadi.

2022 tahun kebangkitan semula pengusaha bas ekspres
Kira-kira 24 bulan menanggung kerugian, permintaan tinggi direkodkan menjelang Aidilfitri pada tahun ini, jauh berbeza daripada tahun lepas.

JPJ tempatkan pegawai, anggota risik dalam bas ekspres
JPJ akan menempatkan pegawai dan anggota secara rawak di setiap pengangkutan awam darat.

Menjelang Syawal: JPJ teruskan taktik penyamaran dalam bas ekspres
Taktik itu dilihat berkesan bagi memastikan pemandu bas ekspres mematuhi peraturan jalan raya.