awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PPV WTCKL menutup tirai dengan lebih 180,000 individu divaksin

Eton Khir
Eton Khir
15/03/2022
21:00 MYT
PPV WTCKL menutup tirai dengan lebih 180,000 individu divaksin
Irmohizam berkata lebih 180,000 individu telah divaksin menerusi PICK Booster dan PICKids. - Foto WTCKL
KUALA LUMPUR: Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) menutup tirainya pada Selasa setelah hampir dua bulan beroperasi sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi sejak 15 Januari lepas.
Sepanjang tempoh itu, lebih 180,000 individu telah divaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Penggalak (Booster) dan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids).
Menurut Pengarah Urusan Kumpulan WTCKL, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim, melihat kepada reaksi orang ramai, pihaknya berbesar hati dengan kejayaan PPV Integrasi ini demi memberi memberi perlindungan imuniti optimum kepada orang ramai mendepani jangkitan COVID-19 termasuk ancaman varian Omicron.
"Saya juga mendapat maklum balas daripada orang ramai agar pihak kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dapat mempertimbangkan agar PPV Integrasi akan dapat terus dibuka pada masa akan datang.
"Pada masa sama, pihak WTCKL mengalu-ngalukan sekiranya diberikan peluang untuk dijadikan PPV Integrasi pada masa akan datang," katanya kepada Astro AWANI pada Selasa.
Di samping itu, Irmohizam turut berterima kasih kepada anggota badan pasukan uniform Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Sukarelawan Malaysia Vaccine Support Volunteers (MyVAC) bagi memastikan kelancaran dan juga keselesaan penerima vaksin di PPV tersebut.
"Semoga ia akan meletakkan Malaysia di satu teras antarabangsa terutama sekali dalam memastikan lokasi WTCKL sebagai lokasi destinasi selamat bagi mereka yang ingin berurusan sama ada lokasi konvesyen, pameran bahkan juga acara-acara lain bagi memberikan impak kepada ekosistem bahkan tahap sosial komuniti rakyat Malaysia," katanya.
Topic Berkaitan
#PPV
#WTCKL
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan