awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PPZ-MAIWP sasar kutipan zakat 2020 lebih RM700 juta

Astro Awani
Astro Awani
29/12/2020
10:07 MYT
PPZ-MAIWP sasar kutipan zakat 2020 lebih RM700 juta
Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) mensasarkan jumlah kutipan zakat tahun ini mencecah RM700 juta. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR:Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) mensasarkan jumlah kutipan zakat tahun ini mencecah RM700 juta.
Pengerusinya, Datuk Seri Syed Ali Al-Habshee berkata, keyakinan itu berdasarkan kepada jumlah kutipan zakat PPZ-MAIWP setakat ini yang melebihi RM690 juta, berbanding RM682.2 juta pada tahun 2019.
"Peningkatan itu hasil bayaran zakat daripada 371,448 pembayar zakat, mengatasi bilangan pembayar zakat bagi tahun 2019, iaitu sebanyak 211,012 orang.
"Peningkatan itu berdasarkan keyakinan dan kesedaran pembayar zakat terhadap kemampuan PPZ-MAIWP dalam menunaikan tanggungjawab mengutip dan mengawal selia pembayaran zakat umat Islam, khususnya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
"Pembabitan syarikat-syarikat korporat, badan berkaitan kerajaan (GLC) dan sektor swasta juga turut menjadi penyumbang kepada peningkatan jumlah kutipan zakat pada tahun ini," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
BACA: PPZ-MAIWP seru tunaikan zakat, bantu asnaf
Dalam pada itu, beliau berkata, pencapaian melepasi sasaran yang diunjurkan oleh PPZ- MAIWP juga membuktikan kesan pandemik COVID-19 bukan penghalang untuk mereka menunaikan kewajipan berzakat.
"Penularan pandemik COVID-19 di negara kita juga membuka ruang kepada PPZ-MAIWP menyediakan kaedah pembayaran zakat secara normal baru, seperti pembayaran yang dibuat secara dalam talian.
"Untuk makluman, kutipan zakat yang dikendalikan PPZ-WAIWP akan disalurkan kepada Baitulmal-MAIWP untuk tujuan bantuan dan pembangunan golongan asnaf.
"Pembangunan golongan asnaf ini merangkumi pelbagai bentuk bantuan, antaranya bantuan kewangan bulanan, bantuan Aidilfitri, perubatan, perkahwinan dan musibah," ujarnya.
Selain itu jelas beliau, bantuan asnaf turut disalurkan untuk bantuan sara hidup, bantuan tempat tinggal, pendidikan, bantuan perniagaan, bantuan khas musaadah COVID-19 dan lain- lain lagi.
BACA: Perlu berzakat untuk bantu golongan terjejas COVID-19 - PPZ MAIWP
BACA: Bayaran zakat menerusi Shopee bukan pelantikan amil - PPZ-MAIWP
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Syed Ali Al-Habshee
#PPZ-MAIWP
#Pusat Pungutan Zakat
#perubatan
#pendidikan
#perkahwinan
#COVID-19
#pandemik
#GLC
#zakat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan