Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin memutuskan kontraktor projek perumahan PR1MA di Bandar Ekar, Rantau akan dikekalkan dan membatalkan hasrat menggunakan kontraktor penyelamat.
Beliau membetulkan semula kenyataannya itu selepas merujuk beberapa pihak lain terutama melibatkan proses perundangan.
Semasa di Bandar Sri Sendayan pada pagi Ahad, beliau menyatakan akan berusaha mencari kontraktor penyelamat bagi menggantikan kontraktor sedia ada.
BACA: Projek PR1MA Rantau akan siap melalui kontraktor penyelamat - Zuraida
Beliau bagaimanapun akan memastikan projek berkenaan akan dapat disiapkan tahun depan.
“Pagi tadi saya bagi kenyataan kita dah dapat kontraktor penyelamat untuk projek ini tetapi saya semak balik dengan ahli lembaga PR1MA sebab pagi tadi saya semak dengan satu orang sahaja.
"Untuk mengelak isu komplikasi perundangan, jadi PR1MA memutuskan untuk meneruskan dengan kontraktor sama dengan pemantauan yang lebih rapi.
"Kontraktor itu adalah Bina Terbit,” katanya kepada media semasa bertemu sekumpulan pembeli rumah PR1MA Bandar Ekar, Rantau pada Ahad.
Pada masa sama, katanya, ia tidak akan melibatkan tambahan kos kepada pembeli.
“Tidak kos sama-sama cuma daripada pihak pembeli apa-apa projek yang lewat dia boleh minta LAD (Ganti Rugi Tertentu dan Ditetapkan) itu insya-Allah bila projek sudah siap, rumah cantik boleh tinggal, boleh bincang dengan saya,” ujarnya.
Mengenai bayaran kepada kontraktor sebanyak RM13 juta yang masih tertangguh, Zuraida berkata kementeriannya akan menyelesaikannya bagi memastikan kerja-kerja pembinaan diteruskan.
“Yang itu kita akan selesaikan dan selepas itu boleh teruskan projek. Dalam situasi ini, PR1MA sudah di bawah KPKT maka kita akan selesaikan dengan cara menyeluruh,”tambahnya.
Pada Ahad, sekumpulan pembeli rumah PR1MA di Rantau menggesa pihak kementerian terlibat menyelesaikan isu pembinaan projek perumahan berkenaan yang masih terbengkalai.
Projek berkenaan sepatutnya siap sepenuhnya pada 31 Januari lalu.
Rahimah Abdullah
Sun Apr 07 2019

ZURAIDA: Untuk mengelak isu komplikasi perundangan, jadi PR1MA memutuskan untuk meneruskan dengan kontraktor sama dengan pemantauan yang lebih rapi. -Astro AWANI

17 MPV kejar penjenayah dari Johor Bahru hingga ke Kluang
Pemeriksaan dalam kenderaan yang dipandu suspek turut menjumpai sejumlah dadah disyaki syabu dan pil ekstasi.

Gapenas buat laporan polis kenyataan Anwar yang didakwa menghasut
Gapenas membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Kinrara berikutan kenyataan menghasut yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam hantaran di Facebook, baru-baru ini.

PKP 2.0: JKM Johor bantu hantar pulang keluarga terkandas
Mereka akan dihantar pulang ke kediaman mereka di Kuala Selangor, selewat-lewatnya esok.

Rakyat Malaysia | Penasihat badan kesihatan ulung di Jepun
Pakar Kesihatan Dr Dhesi Baha Raja meluahkan keterujaan beliau melalui hantaran Tweet apabila menerima berita beliau antara tujuh yang terpilih menyertai Mitsubitshi Centre of Global Health Architecture. Selain Dr Dhesi, turut terpilih ialah Dr Alex Coutinho, Dr Lucica Ditiu, Prof David L Heymann, Dr Francis Omaswa, Prof Rosanna Peeling dan Dr Khama Rogo. Di talian menerusi Skype ketika ini ialah Dr Dhesi.

Hamzah Zainudin kini pulih daripada COVID-19, dibenar keluar hospital
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dibenarkan keluar dari hospital pada Ahad lepas setelah disahkan pulih sepenuhnya daripada COVID-19.

1MDB | Goldman potong pampasan tahunan David Solomon
Goldman Sachs Group Inc memotong pampasan tahunan Ketua Pegawai Eksekutifnya, David Salomon sebanyak 36 peratus selepas dikenakan penalti berhubung rasuah berkait 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Memetik Bloomberg lembaga pengarah syarikat itu mengurangkan jumlah pampasan Solomon kepada 17.5 juta dolar Amerika (atau RM70.78 juta) pada 2020, berbanding 27.5 juta dolar Amerika (RM111 juta) pada tahun sebelumnya.

Air bersih dicatu | Minum air sungai tidak terawat
Lebih seribu penduduk Kampung Serudung Baru Batu 15 Jalan Apas Tawau berdepan ancaman pelbagai penyakit kerana terpaksa minum air sungai berikutan kekurangan bekalan air bersih. Walaupun kampung tersebut telah wujud sejak 58 tahun lalu namun sehingga kini mereka masih gagal menikmati bekalan air bersih yang mencukupi.

Lambakan makanan: Lebih 2,000 pek sehari di JB sepanjang PKP 2.0
Ini susulan agihan yang tidak sistematik, terutama melibatkan bantuan yang dihulurkan golongan badan bukan kerajaan (NGO).

PKP 2.0 | JKM Johor bantu hantar pulang keluarga terkandas PKP 2.0
Nasib tiga beranak yang menjadi 'pengambil makanan' di pusat pengedaran makanan untuk gelandangan di Laman Tun Sri Lanang mendapat perhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor setelah dua minggu terkandas di negeri itu. Pasangan suami isteri, Muhamad Khairil Karim, 38 tahun bersama isterinya, Hamidah Kadir, 36 tahun dan bayi lelaki berusia enam bulan terpaksa menumpang di rumah abang angkatnya di Kampung Melayu Majidee, selepas tersekat ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang berkuat kuasa 13 Januari lalu.

PKP 2.0 | Lebih 2 ribu lambakan makanan sepanjang
Lebih dua ribu pek lebihan makanan untuk golongan gelandangan direkodkan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 Di Johor Bahru. Ini susulan agihan yang tidak sistematik terutama melibatkan golongan Badan Bukan Kerajaan NGO.

PR1MA Rantau bakal siap guna kontraktor sedia ada, bukan penyelamat - Zuraida
Beliau membetulkan semula kenyataannya itu selepas merujuk beberapa pihak lain terutama melibatkan proses perundangan.