awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pramugari MH17 pernah mimpi pesawat ditembak jatuh

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
22/08/2014
11:01 MYT
Pramugari MH17 pernah mimpi pesawat ditembak jatuh
Jenazah Dora Shahila selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.
Pramugari yang terkorban dalam tragedi MH17, Dora Shahila Kassim dikatakan pernah bermimpi bahawa kapal terbang yang dinaikinya ditembak jatuh dan terhempas di satu kawasan berbunga.
Perkara itu didedahkan sepupunya, Mohd Salahuddin yang mengetahui cerita berkenaan semasa kali terakhir berjumpa Allahyarham.
"Dia pernah bercerita dia pernah mimpi kapal terbang dia ditembak jatuh dan tempat kawasan jatuh tu luas dan banyak bunga. itu saja. satu bulan lebih sebelum MH17 jadi,"
"Mimpi arwah seakan-akan petanda mengenai tragedi MH17," katanya semasa ditemui Astro AWANI pada upacara pengkebumian Allahyarham Dora Shahila Kassim di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.
Mohd Salahuddin yang juga seorang Penyelia Penerbangan MAS, menjelaskan beliau dan sepupunya itu sangat rapat dan sentiasa berkongsi pengalaman selepas menjalankan tugas.
"Rapat jugalah sebab kami kan satu flight kadang-kadang , jadi ada la jumpa sebab ada juga jadual kami sama," katanya.
Tambahnya, Dora yang lebih mesra dipanggil Don dalam kalangan ahli keluarga merupakan seorang wanita yang tabah selepas menjadi seorang ibu tunggal lima belas tahun lalu.
"Dora seorang yang wanita tabah, arwah adalah ibu tunggal kepada anak perempuan berusia 15 tahun," tambahnya.
Dengan nada sebak, beliau bagaimanapun bersyukur jenazah Dora akhirnya selamat dibawa pulang ke tanah air.
"Alhamdulillah rasa lega kami dapat jumpa semula dan kami sekeluarga bersyukur jenazah selamat tiba, dan saya berharap individu yang bertanggungjawab ke atas serangan MH17 akan dibawa ke muka pengadilan kelak," katanya.
Jenazah Dora Shahila, 47 tahun sebelum itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas disembahyangkan di Masjid Al-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail selepas selesai solat Jumaat.
Turut berada di tanah perkuburan ialah ahli keluarga, dan rakan taulan Allahyarham.
Allahyarham meninggalkan seorang anak perempuan tunggal, Nurliyana Yazeera Yazli, 15 tahun.
Topic Berkaitan
#bermimpi
#ditembak jatuh
#dora shahila kassim
#kapal terbang
#kawasan berbunga
#MH17
#Mohd Salahuddin
#pramugari
#terhempas
#terkorban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan