KUALA TERENGGANU: Sebuah premis menjual ikan hiasan dikesan mempamerkan ikan pendatang jenis peacock bass serta menjual ikan flower horn tanpa kebenaran.
Pengarah Perikanan Terengganu, Ruzaidi Mamat berkata, kesalahan itu dikesan ketika program pengawasan ikan larangan di premis ikan hiasan sekitar daerah Kuala Terengganu dan Hulu Terengganu pada 17 November lalu.
Kata beliau, pengusaha premis tersebut diberi amaran agar mematuhi peraturan dengan memohon kebenaran Ketua Pengarah Perikanan Malaysia untuk mempamerkan ikan spesies pendatang itu.
"Ikan asing jenis peacock bass adalah dilarang sama sekali untuk dijual manakala pameran ikan itu perlu mendapat kebenaran terlebih dahulu.
"Semua ikan di premis berkenaan telah direkod dan kedai terlibat akan dipantau secara berkala.
"Setiap kedai yang diperiksa juga diberikan poster dan risalah mengenai ikan spesies asing sebagai salah satu program kesedaran awam," katanya ketika dihubungi di sini pada Jumaat.
Ruzaidi memberitahu, sekiranya premis berkenaan telah mendapat kebenaran dan ikan itu mati, pemilik premis perlu merekod dan mengemukakan bukti bergambar atau membawa ikan itu sendiri untuk rekod pihak jabatan.
Sementara itu, katanya, ikan jenis flower horn yang dibiakkan di dalam negara boleh dijual, namun pihak premis juga perlu memohon kebenaran daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.
"Jika pihak premis gagal mematuhi peraturan dan masih berdegil selepas diberi amaran, mereka berdepan tindakan sitaan dan pendakwaan," katanya.
Menurut Ruzaidi, program pengawasan ikan larangan di premis ikan hiasan itu dijalankan oleh tujuh anggota Perlindungan Perikanan dan Unit Biosekuriti Negeri Terengganu.
Katanya, sebanyak tiga premis diperiksa melibatkan dua di daerah Kuala Terengganu dan satu di Hulu Terengganu.
"Program pemeriksaan ini akan diadakan secara berkala bagi memastikan pengusaha atau premis ikan hiasan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
"Ia bagi memastikan sumber sedia ada terpelihara daripada ancaman ikan-ikan pendatang yang boleh mengganggu-gugat ekosistem ikan asli," ujarnya.
Di Malaysia, ikan peacock bass dilabelkan sebagai ikan pendatang atau ikan alien.
Dalam konteks sains, ikan ini disifatkan sebagai perosak yang berisiko tinggi kerana kehadirannya menyebabkan ketidakseimbangan dalam ekosistem asal.
Antara implikasi kehadiran ikan ini tanpa kawalan ialah kepupusan spesies asal ikan tempatan kerana terdapat persaingan untuk mendapatkan makanan dan habitat dalam meneruskan kelangsungan hidup.
Selain itu, sifat ikan ini yang begitu agresif menjadikan ikan ini pemangsa kepada spesies ikan tempatan. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Dec 03 2022
Spesies ikan pendatang jenis peacock bass yang dipamerkan tanpa kebenaran di sebuah premis jualan ikan hiasan. - Foto ihsan Jabatan Perikanan Negeri Terengganu
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
Premis ikan hiasan pamer ikan pendatang diberi amaran
Pengusaha premis tersebut diberi amaran agar mematuhi peraturan dengan memohon kebenaran Ketua Pengarah Perikanan Malaysia untuk mempamerkan ikan spesies pendatang itu.