KUALA LUMPUR: DBKL mengambil tindakan kompaun dan menutup serta-merta premis menjaja khunafa dan manisan arab yang beroperasi tanpa lesen sah di Bukit Bintang pada Sabtu.
Premis menjual khunafa dan manisan arab yang tular aksi pelanggan menari dan berjoget di Bukit Bintang dikenakan tindakan kompaun dan ditutup serta-merta kerana beroperasi tanpa lesen sah pada Sabtu.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataannya memaklumkan, Jabatan Penguatkuasaan DBKL sebelum ini telah menjalankan pemantauan di premis tersebut.
Menurut kenyataan itu, hasil daripada pemantauan dijalankan mendapati premis itu tidak mempunyai lesen sah daripada DBKL untuk sebarang aktiviti menjaja.
"Premis tersebut hanya mempunyai lesen hiburan semasa (promosi luar bangunan) dan semakan mendapati aktiviti perniagaan tersebut turut dikendalikan warga asing tanpa permit sah," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
DBKL memberitahu, dalam operasi itu, sebanyak satu notis kompaun telah dikeluarkan di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) 3 (1) Pelesenan Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016 kerana menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen sah daripada DBKL.
"Premis tersebut turut diambil tindakan tutup serta-merta di bawah Seksyen 101(1)(v), Akta Kerajaan Tempatan 1976," ujar kenyataan tersebut.
DBKL memaklumkan, dalam operasi sama, pihaknya turut menjalankan tindakan penguatkuasaan di sebuah premis lain.
Jelas DBKL, hasil pemantauan mendapati premis tersebut meletakkan dua meja kayu bulat dan empat kerusi di atas siar kaki di tempat awam tanpa kebenaran DBKL.
"DBKL telah mengeluarkan satu notis kompaun serta membuat sitaan terhadap kerusi meja tersebut yang telah menyebabkan halangan di tempat awam di bawah Seksyen 46 (1)(d) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974," ujar kenyataan itu. -Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Aug 21 2023
Hasil daripada pemantauan yang dijalankan mendapati premis itu tidak mempunyai lesen sah daripada DBKL untuk sebarang aktiviti menjaja. -Foto Sinar Harian
AWANI Ringkas: Projek NTC | Sindiket Dadah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kilang cat terbakar, dua sekolah di Meru diarah ditutup
Penutupan dua buah sekolah terlibat iaitu SK Meru dan Sekolah Rendah Agama Meru 2 itu dibuat atas faktor keselamatan.
AWANI 7:45 [29/04/2024] – Meja bulat bersama 50 pemimpin industri dunia | Penggunaan komersial capai 80 peratus
PM yakin Malaysia jadi destinasi pelabur bernilai tinggi.
Kerajaan perkenal program solar untuk pengguna komersial.
Kelas Terapung dilaksana kawasan penduduk kepadatan tinggi.
Laporan Bank Dunia dedah hanya 58 peratus pelajar mahir membaca menjelang akhir darjah 5.
Kerajaan perkenal program solar untuk pengguna komersial.
Kelas Terapung dilaksana kawasan penduduk kepadatan tinggi.
Laporan Bank Dunia dedah hanya 58 peratus pelajar mahir membaca menjelang akhir darjah 5.
Malaysia perlu berani menentang Denmark
Hanya kemenangan menentang Denmark, kuasa besar badminton dunia, dalam aksi penting Kumpulan D Piala Thomas 2024 esok akan membawa Malaysia mendahului carta kedudukan.
Indonesia sokong pendekatan Malaysia bantu bangun 'peradaban' banduan Indonesia
Penjara bukan semata-mata tempat menghukum tetapi mentransformasikan ia sebagai institusi pendidikan yang memberi peluang kepada penghuni.
Polis tembak kereta mewah bawa dadah lebih RM100,000
Polis terpaksa melepaskan tembakan bagi mengawal keadaan selepas pemandu kenderaan terbabit bertindak agresif dan cuba merempuh anggota polis .
Polis siasat dakwaan pusat keagamaan di Nilai lakukan aktiviti mencurigakan
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata pihaknya menerima laporan berhubung perkara tersebut Jumat lepas.
Semua laluan Malaysia-Thai di daerah Tak Bai, Sungai Golok, Weng ditutup sementara
Jalan ke Sungai Golok dari daerah Tak Bai ditutup untuk pemeriksaan selepas skuad pemusnah bom menemukan paku bertaburan di jalan raya.
Pengwujudan dua negara berdaulat satu penyelesaian
Perdana Menteri Jordan, Bisher Hani Al Khaswneh berkata Israel terus melakukan kesilapan dengan menyerang gaza dan berharap untuk mendapat hasil yang berbeza. Beliau turut berkata pengwujudan dua negara berdaulat adalah satu penyelesaian asas yang enggan difahami dan diterima Israel.
[TERKINI] PETRONAS dagangan jual 16 bilion liter bahan api, perolehan RM37.55 bilion
Ini laporam yangh baharu kami terima.
PETRONAS Dagangan Bhd mencatatkan jumlah jualan melebihi 16 bilion liter bahan api tahun lalu, meningkat lapan peratus tahun ke tahun, manakala perolehan sebanyak RM37.55 bilion.
PETRONAS Dagangan Bhd mencatatkan jumlah jualan melebihi 16 bilion liter bahan api tahun lalu, meningkat lapan peratus tahun ke tahun, manakala perolehan sebanyak RM37.55 bilion.
Premis jual khunafa tular pelanggan menari dikompaun, ditutup
Hasil daripada pemantauan dijalankan mendapati premis itu tidak mempunyai lesen sah daripada DBKL untuk sebarang aktiviti menjaja.