MALAYSIA
Premis masih jual vape akan berdepan tindakan tegas - MPKB-BRI
Masih wujud penjualan vape secara haram di premis yang tidak berlesen, khususnya menerusi platform dalam talian yang di luar bidang kuasa pihak berkuasa tempatan. - Gambar hiasan/BERNAMA
KOTA BHARU: Premis yang didapati menjual vape secara berulang di Kelantan akan dikenakan tindakan tegas termasuk penarikan balik lesen perniagaan dan tidak lagi dibenarkan beroperasi.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) Azi Rahimee Mohamad berkata pihaknya menerusi Bahagian Pelesenan dan Bahagian Penguatkuasaan akan terus menjalankan operasi secara berkala bagi mengekang penjualan vape tanpa lesen.
Beliau berkata hal ini selaras dengan pendirian kerajaan negeri yang menegaskan tidak membenarkan penjualan rokok elektronik itu dengan tiada sebarang lesen perniagaan dikeluarkan kepada premis yang ingin menjual produk berkenaan sejak 2013.
"Bagi penggunaan vape secara individu, pihak MPKB-BRI tidak mempunyai kuasa untuk menghalangnya kerana perkara itu terletak di bawah bidang kuasa Jabatan Kesihatan, sebagaimana penguatkuasaan terhadap perokok di kawasan tertentu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas menghadiri Majlis Penghayatan Bulan Kemerdekaan ke-68 Peringkat MPKB-BRI di Dataran Bandaraya di sini, malam tadi.
Bagaimanapun, Azi Rahimee mengakui masih wujud penjualan vape secara haram di premis yang tidak berlesen, khususnya menerusi platform dalam talian yang di luar bidang kuasa pihak berkuasa tempatan.
-- BERNAMA