JOHOR BAHRU: Premis perniagaan di bandar raya ini yang masih berdegil 'cop' parkir dengan meletakkan halangan seperti kerusi, baldi dan pemadam api di petak parkir berkupon bakal berdepan kompaun sebanyak RM500.
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) Datuk Mohd Noorazam Osman berkata tindakan itu boleh diambil mengikut Seksyen 46 Akta 133 Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.
Beliau berkata kebanyakan premis perniagaan seperti pusat refleksologi dan kedai aksesori kenderaan dikesan berbuat demikian selepas 6 petang iaitu selepas tamat tempoh kupon.
"Sepatutnya semua premis yang hendak tempah parkir boleh mohon terus kepada MBJB dengan bayaran RM150 sebulan, tetapi tidak ramai buat begitu.
"Kalau tidak letak (halangan) seperti kerusi, mereka letak orang, dari sudut perundangan tidak boleh buat begitu dan tindakan undang-undang boleh diambil," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Penuh MBJB, di sini hari ini.
Mohd Noorazam berkata selain isu meletakkan halangan atau 'cop parking' itu, isu ulat parkir terutama di Jalan Ibrahim dan Jalan Wong Ah Fook di sini, turut dikesan.
Justeru, beliau berkata pihaknya akan menggandakan rondaan dan pemantauan selain melakukan operasi bersepadu bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Bagi mengelakkan sebarang ketegangan berlaku antara pihak premis dan ulat parkir, orang ramai dinasihatkan untuk terus menghubungi MBJB menerusi talian 1300880146 atau WhatsApp unit aduan 019-7788212 bagi memastikan tindakan segera dapat diambil.
Sementara itu, beliau berkata mengatasi masalah kesesakan di bandar raya yang berlaku disebabkan kenderaan diletakkan di tempat yang tidak dibenarkan merupakan antara misi MBJB tahun ini.
Tambahnya, prosedur penguatkuasaan sebelum tindakan menarik kenderaan dibuat akan ditambah baik termasuk memasang siren atau menggunakan pembesar suara untuk memaklumkan pemilik kenderaan.
Mohd Noorazam berkata sepanjang tahun lepas, pihaknya menerima 18,038 aduan dengan aduan tertinggi sebanyak 3,617 membabitkan isu pokok tumbang dan berisiko, manakala aduan lain termasuk lampu dan pencahayaan, jalan, pembersihan awam, haiwan perosak dan parkir.
"Daripada keseluruhan jumlah aduan yang diterima pada 2022, sebanyak 13,398 aduan telah diselesaikan iaitu bersamaan 74.28 peratus," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 02 2023

Tindakan itu boleh diambil mengikut Seksyen 46 Akta 133 Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974. - Gambar hiasan

Ribut landa kampus UUM Sintok
Ribut serta hujan lebat melanda kampus Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, petang ini, menyebabkan beberapa batang pokok tumbang dan merosakkan infrastruktur universiti itu.

Penat dengan politik Bollywood punca Priyanka Chopra bawa diri
Chopra Jonas menyifatkan kehadirannya dalam industri Bollywood seolah ditolak ke satu sudut ketika itu.

Armada kecam tindakan laman FB Kelab Peminat Kartunis Zunar
Armada mengecam tindakan pemilik laman Facebook Zunar Cartoonist Fan Club yang dilaporkan mencemar kesyumulan Islam.

KPM rangka pelan tangani isu guru bersara awal
Kementerian Pendidikan (KPM) mengakui guru bersara awal adalah satu isu yang tidak boleh dipandang remeh.

Lawatan rasmi buka lembaran hubungan strategik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan rasmi ke China hari ini sehingga 1 April ini. Lawatan rasmi ini bakal membuka lembaran baharu dalam mengukuhkan hubungan strategik antara Kuala Lumpur dan Beijing ke arah yang lebih komprehensif. Wartawan Astro AWANI, Hasimi Muhamad kini berada di Beijing untuk membawakan perkembangan terperinci jadual padat Perdana Menteri di China.

Kos Sara Hidup | Bazar Ramadan Rahmah, saingan kepada bazar biasa

Presiden UMNO sahkan Ketua Menteri Melaka letak jawatan
Desas-desus pertukaran Ketua Menteri Melaka akhirnya terjawab dengan peletakan jawatan Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri. Perkara itu disahkkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sambil menyatakan beliau menghadap Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam untuk mempersembah nama calon Ketua Menteri baharu.

Kos Sara Hidup | Bazar Ramadan Rahmah jadi tumpuan

Harga siling ayam dan telur diputuskan Khamis
Kerajaan berkemungkinan akan mengumumkan harga siling bagi bekalan ayam dan telur menjelang perayaan Aidilfitri esok sementara menantikan perbincangan dua kementerian pada Rabu.

Sulaiman letak jawatan, Melaka bakal dapat Ketua Menteri baharu
Desas-desus pertukaran Ketua Menteri Melaka akhirnya terjawab dengan peletakan jawatan Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri.

Premis perniagaan di JB degil 'cop' parkir berdepan kompaun RM500
Tindakan itu boleh diambil mengikut Seksyen 46 Akta 133 Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.