awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Premis sate tulang di Senawang diarah tutup

Bernama
Bernama
21/10/2018
20:51 MYT
Premis sate tulang di Senawang diarah tutup
Pemunya sebuah premis menjual sate tulang di Senawang didapati telah melanggar Akta Makanan 1983. - Gambar hiasan
Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNS) mengarahkan pengusaha premis sate tulang di Senawang menutup operasinya selama dua minggu bermula 21 Okt kerana didapati telah mengabaikan aspek kebersihan dalam penyediaan makanan.
Pengarahnya, Dr Zainudin Mohd Ali berkata pihaknya telah membuat pemeriksaan mengejut ke atas sebuah rumah yang dijadikan tempat penyediaan sate tulang tersebut, susulan tular isu kebersihan tempat berkenaan oleh netizen dalam Facebook.
"Maklum balas yang diterima hasil siasatan ini mendapati pemunya premis telah melanggar Akta Makanan 1983 dan secara keseluruhan premis ini didapati tidak bersih.
"Selain itu pengusaha premis juga didapati telah melakukan beberapa kesalahan seperti pengendali makanan tiada suntikan tifoid, peralatan masakan yang kotor dan amalan penyediaan makanan yang tidak bersih," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.
Dr Zainuddin berkata premis tersebut diarahkan tutup di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#akta makanan
#Facebook
#kebersihan
#kesalahan
#kotor
#makanan
#pemeriksaan mengejut
#pengendali makanan
#pengusaha
#Premis
#restoran
#sate
#sate tulang
#Senawang
#suntikan
#Tular
#tutup
#Zainudin Mohd Ali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan