awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Miha calon BN untuk PRK DUN Lamag
[TERKINI] Pengerusi PN Negeri Sembilan letak jawatan
Buruh Myanmar mengaku tidak bersalah miliki senjata api
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Brazil sah enggan terima vaksin COVID-19

Agensi
Agensi
14/10/2021
02:07 MYT
Presiden Brazil sah enggan terima vaksin COVID-19
Bolsonaro pernah dijangkiti COVID-19 pada Julai 2020. - Gambar fail REUTERS
PRESIDEN Brazil, Jair Bolsonaro mengesahkan tidak akan menerima suntikan vaksin COVID-19.
Sebelum ini beliau memaklumkan akan menjadi individu terakhir yang akan menerima vaksin di negara itu.
Pemimpin itu ketika ini berdepan kontroversi dalam menangani pandemik itu di negara itu tersebut dengan memperlekehkan keseriusan yang melanda walaupun sudah dijangkiti sebelum ini.
"Saya sudah memutuskan untuk tidak mendapatkan vaksinasi. Saya sedang meniliti kajian terbaharu. Saya juga sudah menerima imunisasi (selepas dijangkiti), jadi mengapa saya perlu divaksinasi?" ujarnya.
Beliau berkata demikian dalam satu temubual bersama radio Jovem Pan pada Selasa malam.
Bolsonaro sebelum ini turut mendakwa, vaksin Pfizer boleh menyebabkan manusia bertukar kepada buaya sebagai kesan sampingan.
Sejak dijangkiti COVID-19 pada Julai 2020, Bolsonaro sering kali mendakwa kajian menunjukkan beliau mempunyai antibodi yang tinggi untuk melawan virus tersebut dan tiada keperluan untuk dirinya divaksinasi.
Malah, Bolsonaro menolak pas kesihatan yang diberikan kepada mereka yang sudah divaksinasi di bandar-bandar utama di negara itu untuk membolehkan rakyat memasuki sesuatu premis.
"Bagi saya, kebebasan adalah melebihi perkara lain. Sekiranya seseorang rakyat itu tidak mahu divaksinasi, itu adalah hak mereka dan ia muktamad," tegasnya.
Untuk rekod, hampir 100 juta rakyat daripada 213 juta populasi negara itu sudah melengkapkan vaksinasi mereka dengan 50 juta lagi telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.
Minggu lalu, negara itu melepasi angka 600,000 kematian akibat COVID-19, kedua tertinggi selepas Amerika Syarikat.
Keengganan Bolsonaro menerima suntikan vaksin dikecam pelbagai pihak terutamnya ketika beliau menghadirkan diri ke Mesyuarat Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di New York bulan lepas.
Topic Berkaitan
#Brazil
#COVID-19
#Jair Bolsonaro
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan