awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga kluster tibi di Kelantan babit sembilan kes
KBS galak penglibatan lebih ramai wanita dalam sukan
Kes demam campak di AS lonjak empat kali ganda purata tahunan dalam tempoh beberapa minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden China mulakan lawatan negara tiga hari ke Malaysia

Bernama
Bernama
04/10/2013
01:39 MYT
Presiden China mulakan lawatan negara tiga hari ke Malaysia
Presiden China Xi Jinping tiba di Malaysia pada Khamis bagi memulakan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia.
Ketibaan Xi dan isteri, Peng Liyuan, di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini disambut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.
Turut mengiringi Xi dalam rombongan itu ialah Anggota Dewan Negara yang bertanggungjawab terhadap hubungan luar Yang Jiechi, Menteri Luar Wang Yi dan Menteri Perdagangan Gao Hucheng.
Lawatan Xi amat penting memandangkan ia mencerminkan komitmen kepimpinan baharu China untuk mengekalkan hubungan mesra dengan Kuala Lumpur yang terjalin sejak sekian lama selepas hubungan diplomatik diwujudkan 39 tahun lepas.
Menurut Wisma Putra, lawatan itu akan membolehkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Xi melakar hala tuju masa depan hubungan Malaysia-China.
Ini termasuk menegaskan semula komitmen untuk memperkukuhkan kerjasama dalam semua bidang dan menyumbang ke arah kemakmuran serta mengekalkan keamanan dan kestabilan di rantau ini.
Hari ini, Xi akan mengadakan pertemuan dengan Najib di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya. Beberapa memorandum persefahaman dijangka dimeterai dalam pertemuan itu, disusuli persidangan akhbar oleh kedua-dua pemimpin.
Dagangan dua hala antara China dan Malaysia mencecah US$94.8 bilion pada 2012, dengan China menjadi rakan dagang terbesar Malaysia empat tahun berturut-turut dan Malaysia menjadi rakan dagang terbesar China di rantau Asean sejak lima tahun lepas.
Topic Berkaitan
#China
#Malaysia
#Xi Jinping
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan