Skip to main content
Advertisement

Malaysia

Presiden Mesir, Myanmar dijangka lawat Malaysia minggu depan

Sidang Media Jurucakap Kerajaan oleh Menteri Komunikasi, YB Dato' Seri Fahmi Fadzil
Fahmi bercakap pada sidang media pasca Kabinet di Putrajaya pada Rabu. - Foto Astro AWANI
Advertisement

PUTRAJAYA: Beberapa pemimpin negara termasuk Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi dan Presiden Myanmar, Min Aung Hlaing dijangka mengadakan lawatan ke Malaysia minggu depan.

Jurucakap Kerajaan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, El-Sisi dijangka tiba pada 10 Oktober ini, manakala beberapa pemimpin negara lain dijadual mengadakan lawatan rasmi, kerja atau negara ke Malaysia.

"Ini termasuk Presiden Myanmar untuk mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri dan juga Presiden Mesir yang dijangka tiba pada Jumaat minggu hadapan selepas pembentangan Belanjawan 2027.

"Pemakluman terperinci mengenai jadual ketibaan dan lawatan berkenaan akan dikeluarkan atau dirujuk kepada Jabatan Perdana Menteri, Pejabat Perdana Menteri atau Wisma Putra," katanya pada sidang media pasca Kabinet di sini pada Rabu. 

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan Presiden Mesir akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia pada Oktober.

Must Watch Video

Advertisement