awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden NGO direman empat hari, kes kenyataan berunsur ugutan

Bernama
Bernama
27/12/2018
05:02 MYT
Presiden NGO direman empat hari, kes kenyataan berunsur ugutan
Presiden NGO itu direman selama empat hari bermula hari ini oleh Mahkamah Majistret berhubung kenyataan provokasi dalam 'Perhimpunan Aman Keadilan Untukmu Adib dan Desakan Pecat P. Waytha Moorthy' petang Selasa lalu. -- fotoBERNAMA
Mahkamah Majistret Klang di sini mengeluarkan perintah tahanan reman empat hari bermula hari ini ke atas presiden sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi membantu siasatan berhubung kenyataan berunsur ugutan yang dikeluarkannya pada satu perhimpunan di Klang, Selasa lepas.
Perintah tahanan reman berkenaan dikeluarkan Majistret Nik Nur Amalina Mat Zaidan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Suspek diwakili peguam Datuk Imran Tamrin.
Pada perhimpunan 'Keadilan Untukmu Adib dan Desakan Pecat Waytha Moorthy' anjuran Gerakan Rakyat Malaysia (Geras) di Dataran Seni, Klang dekat sini Selasa lepas, suspek dalam ucapannya mengeluarkan kenyataan provokasi yang antara lain mengugut untuk menyerang Balai Polis Klang jika pihak yang terlibat dalam kematian Muhammad Adib Mohd Kassim tidak ditangkap.
Susulan itu, Ketua Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat mengesahkan seorang aktivis ditahan pada jam 2.40 petang semalam di Kompleks Keramat Mall, Jalan Datuk Keramat, Kuala Lumpur untuk siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutannya untuk menyerang balai polis.
Muhammad Adib yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya meninggal dunia pada 17 Dis lalu di Institut Jantung Negara, selepas bertarung nyawa kira-kira tiga minggu susulan kecederaan parah yang dialami akibat diserang kumpulan perusuh dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya bulan lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Azwanddin Hamzah
#balai polis
#bomba
#Fadzil Ahmat
#kematian
#Klang
#kuil
#Mahkamah Majistret
#meninggal dunia
#Muhammad Adib Mohd Kassim
#perhimpunan
#provokasi
#reman
#rusuhan
#serang
#Sri Maha Mariamman
#Subang Jaya
#ugut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan