awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Pertubuhan Al-Ehsan tanding bebas

Bernama
Bernama
19/04/2013
02:27 MYT
Presiden Pertubuhan Al-Ehsan tanding bebas
Presiden Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiah Malaysia, Datuk Seri Muhammad Ridzwan Sulaiman mengumumkan untuk bertanding sebagai calon bebas bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perai pada Pilihan Raya Umum ke-13 ini.
Beliau yang baru dibebaskan dari tahanan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) berhubung pencerobohan bersenjata di Lahad Datu itu berkata, keputusannya untuk bertanding adalah satu cita-cita yang telah lama terpendam.
Muhammad Ridzwan berkata, sebagai anak tempatan di Perai, beliau kecewa dengan bekas wakil rakyatnya Dr P.Ramasamy yang mengabaikan pembangunan dan masyarakat di kawasan itu.
Katanya, beliau berpendapat telah tiba masanya pemilih kawasan DUN Perai mempunyai seorang wakil rakyat bebas yang dapat membela dan memperjuangkan nasib mereka.
"Yang ada (di Perai) hanya dua pusat beli belah Giant. Selain itu banyak lot kedai dibiar kosong. Perkembangan ekonomi setempat juga sangat perlahan mungkin kerana wakil rakyat di situ (Dr Ramasamy) sibuk dengan tugasnya sebagai Timbalan Ketua Menteri II," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini Khamis malam.
Muhammad Ridzwan, 47 yang ditahan selama 17 hari di bawah SOSMA dibebaskan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam tanpa bicara selepas didapati tidak bersalah petang semalam.
Mengulas penahanannya, beliau berkata polis memberi kerjasama yang baik dan beliau telah memberi segala keterangan bagi membantu siasatan.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Muhammad Ridzwan Sulaiman
#DUN Perai
#Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiah Malaysia
#PRU-13
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan