awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden PKBM nafi terima suapan RM50,000 untuk sewa kenderaan dan rumah inap

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
03/06/2022
06:21 MYT
Presiden PKBM nafi terima suapan RM50,000 untuk sewa kenderaan dan rumah inap
Abu Samah (kiri) hadir di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini. - Foto Astro AWANI
AYER KEROH: Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Abd Wahab dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan menerima rasuah bernilai kira-kira RM50,000.
Suapan berkenaan melibatkan kontrak sewaan kenderaan logistik dan rumah inap bagi kegunaan Persekutuan itu kepada syarikat milik ahli keluarganya, sejak 2013.
Tertuduh yang berusia 81 tahun, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah sejurus dua pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Nariman Badruddin.
Mengikut pertuduhan pertama, Abu Samah didakwa menggunakan jawatannya untuk mendapatkan suapan dengan memilih syarikat Harapan Baiduri Sdn Bhd milik anaknya bagi menyediakan sewaan kenderaan logistik dengan harga RM12,750.
Kesalahan itu dilakukan menerusi 13 baucer bayaran mulai tahun 2013 hingga 2018 lalu di pejabat PKBM Melaka Tengah, Melaka,
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh turut didakwa melakukan kesalahan sama dengan memilih syarikat keluarga Haji Wahab Hassan Sdn Bhd milik adik-beradiknya berhubung sewaan inap desa bagi kegunaan atlet berbasikal dengan harga sewaan sebanyak RM36,061.85 menerusi 32 baucer bayaran di lokasi sama.
Justeru, dia didakwa mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan denda minimum lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
Terdahulu pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Mahadi Abdul Jumaat memohon jaminan dikenakan sebanyak RM15,000 selain meminta tertuduh untuk menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanpun merayu jumlah itu dikurangkan kepada hanya RM5,000 dengan alasan dia sudah berusia dan sudah lebih dua tahun memberi kerjasama penuh kepada pihak SPRM.
Tertuduh turut memohon mahkamah untuk tidak menahan pasport miliknya memandangkan beliau kerap ke luar negara atas urusan rasmi Persekutuan.
Hakim Nariman kemudian membenarkan jaminan dengan jumlah RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin.
Mahkamah turut membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk menahan pasport tertuduh, namun tertuduh boleh membuat permohonan kepada mahkamah mengikut keperluan.
14 Julai ini ditetapkan bagi sebutan semula kes dan lantikan peguam.
Topic Berkaitan
#Presiden PKBM
#Abu Samah Abd Wahab
#Rasuah
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan