KUALA LUMPUR:Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Datuk Dr Mohd Daud Bakar hari ini menafikan, terlibat dalam kes penipuan melibatkan pemindahan sejumlah wang ke dalam dua akaun bank di Malaysia dan di luar negara.
Mohd Daud berkata terdapat beberapa individu dengan pelbagai nama menggunakan gambar profil akaun Facebooknya, untuk berhubung dengan pengguna di media sosial.
"Saya difahamkan ada yang sudah tertipu. Ada yang menghubungi saya secara langsung bila mereka mengetahui perkara sebenar. Saya menasihati mereka supaya membuat laporan ke Facebook.
"Saya juga telah beberapa kali membuat laporan ke Facebook dan menjelaskan perkara sebenar menerusi status di Facebook dan Instagram tentang penggunaan gambar dengan pelbagai nama oleh individu yang tidak bertanggungjawab," katanya menerusi aplikasi WhatsApp kepada Bernama hari ini.
Terdahulu, Mohd Daud berkata menerima panggilan daripada Persatuan Pengguna Melayu Malaysia memaklumkan kes penipuan melibatkan pemindahan sejumlah wang ke dalam dua akaun bank di Malaysia dan luar negara, menerusi akaun Facebook yang menggunakan gambar profil miliknya.
Presiden PPMM Leftenan Kolonel (B) Che Hassan Che Johan berkata beliau telah membuat laporan ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung perkara itu dan laporan polis akan dibuat hari ini.
Beliau menasihatkan orang ramai serta pengguna media sosial agar tidak mudah tertipu dengan individu yang cuba berhubung menerusi media sosial dan meminta mereka untuk menyelidik terlebih dahulu latar belakang sekiranya mencurigakan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 13 2020
Mohd Daud berkata menerima panggilan daripada Persatuan Pengguna Melayu Malaysia memaklumkan kes penipuan melibatkan pemindahan sejumlah wang ke dalam dua akaun bank. Foto Facebook
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
'Kembali ke sekolah, doakan saya' - Tunku Azizah
Tunku Azizah kini kembali bergelar mahasiswa di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Alumni UIAM mohon PM umum segera rektor baharu
Menurut Presidennya, Khalik Awang, kekosongan rektor untuk tempoh yang lama adalah sesuatu yang tidak baik dari segi tatakelola.
UIAM nafi tidak berupaya bayar balik hutang
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menafikan institusi itu berada dalam keadaan tidak berupaya membayar balik hutang.
Permaisuri Agong berangkat ke majlis penutupan ulang tahun ke-40 UIAM
Tunku Azizah turut berkenan menyaksikan sumbangan RM40,000 yang disampaikan oleh Samsudin kepada Ketua Pelajar Palestin di universiti itu.
Raja Permaisuri Agong rasmi Konvokesyen UIAM ke-39
Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan merasmikan sidang pertama majlis konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ke-39.
ARC: Skuad Bunga Raya tumpas kepada Korea Selatan
Skuad ragbi 15 Sebelah (15s) negara terpaksa akur dengan keampuhan Korea Selatan selepas tewas 3-27, pada Kejohanan Ragbi Asia (ARC) 2023 di Stadium Saidina Hamzah, UIAM.
UIAM penganjur lokasi perdana World #QuranHour
UIAM sebagai tuan rumah sejak 2016 mengalu-alukan kerjasama penganjuran WUIF dan Nu Ideaktiv untuk menjayakan program itu tahun ini.
Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Vila ARAH MAKNA
Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan berangkat merasmikan Vila ARAH Majlis Kanser Nasional (MAKNA) di Gombak.
Anwar sempurnakan majlis penutup Persidangan Antarabangsa Abdulhamid Abusulayman di UIAM
Persidangan tersebut dianjurkan oleh International Institute for Muslim Unity UIAM dengan kerjasama IIIT UIAM and FairFax University of America.
Raja Permaisuri Agong berkenan buka sidang pertama majlis Konvokesyen UIAM ke-38
Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan membuka sidang pertama Majlis Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) ke-38 hari ini.