KUALA LUMPUR: Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) membuat laporan polis berhubung artikel diterbitkan Kosmo! Online bertajuk 'Ramai jadi mangsa kartel mamak' pada 24 Mei lalu.
Menurut Presidennya, Datuk Jawahar Ali Taib Khan, tindakan itu dibuat agar pihak berkuasa menyiasat penerbitan artikel berkenaan yang didakwa berunsur fitnah.
"Saya selaku Presiden PRESMA mendapati artikel tersebut mengandungi pernyataan-pernyataan berunsur fitnah terhadap pemilik-pemilik restoran mamak di Malaysia dan juga mengandungi elemen-elemen hasutan terhadap bukan sahaja pemilik-pemilik restoran mamak, tetapi juga terhadap kaum India-Muslim di Malaysia
"Pemilik-pemilik restoran mamak dan atau kaum India Muslim telah digelar sebagai kartel dikatakan berlagak ala samseng dan juga dikatakan menindas peniaga-peniaga baharu, dalam artikel tersebut," jelasnya.
Tambah Jawahar, dakwaan tersebut dan perkataan yang digunakan sama sekali tidak profesional dan dakwanya mengandungi unsur hasutan.
Justeru itu, ujarnya lagi laporan polis dibuat pada Rabu di Balai Polis Wangsa Maju kira-kira jam 10.23 pagi bagi meminta agar siasatan dapat dijalankan pihak berkuasa.
"Saya membuat laporan polis ini supaya akhbar Kosmo! dan wartawan tersebut disiasat dibawah Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 499 Kanun Keseksaan," ujarnya lagi.
Dalam artikel yang disiarkan pada Selasa bertajuk 'Ramai jadi mangsa kartel mamak' antara lain menyentuh mengenai keputusan kerajaan memansuhkan permit import (AP) serta corak perniagaan berbentuk kartel didakwa dimainkan segelintir pemilik restoran mamak di negara ini.
Fareez Azman
Thu May 26 2022
Tambah Jawahar, dakwaan tersebut dan perkataan yang digunakan sama sekali tidak profesional dan dakwanya mengandungi unsur hasutan. - Gambar fail
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Menu Rahmah: "Kami tak kira warga asing atau rakyat Malaysia...." - Pemilik Ali Maju
Jawahar Ali terpanggil wujudkan Menu Rahmah kerana memikirkan beban kos sara hidup dan kewangan yang perlu ditanggung oleh sebilangan rakyat.
Boikot agak keterlaluan, pengguna harus bijak memilih - Presma
Kenaikan harga barang tak dapat dielak atas pelbagai faktor antaranya penggajian pekerja, sewa premis, dan kadar tukaran mata wang.
Presma jelaskan sebab makanan di restoran mahal
Tiada ruang untuk peniaga menurunkan harga kerana kenaikan itu adalah mengikut peningkatan kos operasi semasa seperti kenaikan sewa kedai, barang keperluan asas dan bahan mentah.
"Pemilik restoran digesa guna perkhidmatan televisyen komersial sah" - Presma
Presma dan Primas sepakat menggesa pemilik restoran menggunakan perkhidmatan televisyen komersial yang sah untuk tontonan di premis masing-masing.
Ada restoran mamak terpaksa gulung tikar kerana tidak cukup pekerja - Presma
Walaupun perniagaan bagus dan semakin pulih, ada restoran yang gulung tikar kerana kurang kakitangan untuk menjalankan operasi harian.
Restoran nasi kandar kurang pekerja tahap 'tenat'
Masalah kekurangan pekerja di restoran mamak bukan saja sudah mencapai tahap tenat, malah ada yang hanya menunggu masa untuk menutup premis.
Restoran nasi kandar: 'Apa beza dan apa hinanya sektor restoran mamak ni? - Presma
Menurut Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim, Datuk Jawahar Ali Taib Khan, pihaknya sudah berusaha menawarkan kerja kepada warga tempatan namun tidak mendapat sambutan.
Makan di premis: Presma lega tapi ahli tidak diwajibkan buka premis
Apa yang penting bagi ahli persatuan, ialah mereka perlu memastikan hanya petugas lengkap divaksin dibenarkan untuk bekerja.
PKP 3.0: Pengusaha restoran Muslim rayu waktu operasi dilanjutkan hingga 10 malam
Presma membuat rayuan itu bagi membolehkan sektor itu kembali pulih susulan pandemik COVID-19 yang menyebabkan pendapatan harian merosot 80 peratus.
PKP 2.0: Perniagaan restoran merosot 80 peratus - Presma
Lebih 4,200 ahli Presma yang juga pengusaha restoran terkesan dengan pelaksanaan PKP 2.0.