Kemenangan calon wanita di dalam Pilihan Raya Umum ke-13 tidak memberi impak yang begitu besar kepada kemenangan parti Barisan Nasional (BN) yang kembali menerajui Putrajaya , itu pandangan penganalisis politik antarabangsa (Asia Tenggara) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Kartini Aboo Talib Khalid.
Namun begitu dalam senario persaingan politik negara yang sengit, kemenangan satu kerusi oleh mereka amat diperlukan untuk membantu BN untuk memperolehi kemenangan mudah dalam sistem pilihan raya katanya.
Tambah Kartini lagi, PRU13 memperlihatkan bahawa kemenangan BN lebih banyak dibantu oleh kemenangan kerusi Parlimen di Sarawak dan Sabah dan isu gender seseorang calon bukan faktor penentu.
Jadual di atas memaparkan perbandingan penyertaan calon wanita dalam PRU12 dan PRU13 beserta kerusi yang dimenangi oleh mereka.
Bilangan kerusi yang dimenangi oleh calon wanita BN di kawasan Parlimen bagi PRU12 dan PRU13 masih sama namun terdapat peningkatan dari segi bilangan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi iaitu dari 23 kepada 27 kerusi.
Sementara itu, calon wanita Pakatan Rakyat pula menunjukkan pengurangan kerusi Parlimen yang dimenangi dalam PRU13 iaitu sebanyak satu kerusi dan peningkatan bilangan kerusi yang besar di kawasan DUN dari 18 kerusi kepada 30 kerusi pada PRU13.
Lebih menarik melihat persaingan calon wanita di kedua-dua parti BN dan Pakatan menunjukkan prestasi sama kuat dan sama sengit kerana apabila dijumlahkan kerusi Parlimen dan DUN bagi PRU13, masing-masing memperoleh 40 kerusi walaupun kelebihan kerusi parlimen di pihak BN dan kelebihan kerusi DUN di pihak Pakatan Rakyat.
Secara keseluruhan peratus penyertaan wanita dalam politik di Malaysia masih lagi di tahap yang lemah walaupun perjuangan untuk memperkasakan suara wanita di parlimen telah lama digerakkan bermula sejak awal tahun 1980an lagi.
Pengurangan penyertaan wanita ini adakalanya tidak selari dengan aspirasi BN mahupun Pakatan untuk memberi peluang dan ruang yang cukup luas bagi suara wanita di parlimen.
“Perspektif ini menjadi halangan untuk misi wanita mencapai sekurang-kurangnya 30% penyertaan wanita dalam politik memandangkan wanita adalah pengundi dan penyumbang terbesar pembangunan Negara” katanya lagi.
Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berkata kurangnya pencalonan wanita untuk kerusi parlimen menyebabkan suara wanita di Dewan Rakyat akan berkurangan, berbanding pencalonan wanita untuk kerusi DUN.
“Perkara ini perlu diperbaiki agar kebolehan wanita dapat dimaksimakan dan diketengahkan bukan sahaja di kabinet malah di sektor yang lain”
Penganalisis politik, Dr Faisal S Hazi pula berpendapat isu jantina bukanlah faktor kemenangan seseorang calon dalam PRU13 kali ini.
Rata-rata pengundi kali ini memilih berdasarkan parti yang diwakili calon.
“Calon Bebas Datuk Kamilia Ibrahim misalnya, merupakan salah seorang calon terkuat di tempatnya sendiri namun kalah bila bertanding atas tiket bebas, begitu juga dengan calon DAP, Jenice Lee” katanya.
Menurut Dr Jeniri Amir, penganalisis politik di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), bagi meningkatkan prestasi, calon wanita perlu sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan, kepakaran, kemahiran dan pengalaman melalui pelbagai strategi dan pendekatan, agar kewibawaan mereka menyerlah, dan akhirnya mereka akan dapat memenangi hati rakyat dalam pilihan raya yang akan datang.
Selain daripada itu, wakil rakyat wanita perlu mempunyai perancangan jangka panjang, jangka sederhana dan jangka pendek, termasuk dari segi infrastruktur, ekonomi, sosial, pendidikan dan seumpamanya.
Seramai 168 calon wanita bertanding merebut kerusi Parlimen dan DUN dalam PRU13 pada 5 Mei lalu.
Jumlah itu menunjukkan peningkatan hampir 40 peratus berbanding 120 calon untuk kedua-dua kerusi Parlimen dan DUN pada PRU12.
Menurut statistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) y, pertandingan merebut kerusi Parlimen membabitkan 56 calon wanita manakala 112 calon lagi bagi kerusi DUN.
Azyyati Ahmad
Sun May 12 2013
Dokumen Dasar Francais Negara dibentang kepada jemaah menteri esok
Dokumen Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030) akan dibentangkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat.
Tiada kelulusan kepada EIA berkaitan projek bauksit di Bukit Goh - Nik Nazmi
Mengesahkan perkara tersebut, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebelum ini terdapat laporan EIA yang ditolak untuk projek berkenaan di lokasi yang sama.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri sehingga esok - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan pada Khamis mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terngganu.
Jumlah mangsa di empat negeri turun mendadak
Jumlah mangsa banjir di empat negeri turun mendadak setakat 2 petang Khamis.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
‘Saya cuba lakukan perkara yang betul pada masa yang sesuai’ - Dr Sam
Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar seakan memberi bayangan di sebalik tindakannya yang meletak jawatan sebagai Bendahari Agung PN pada Rabu.
Saya amat bersyukur - Zahid ulas keputusan Mahkamah Rayuan
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluahkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan Putrajaya membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan beliau dalam kes rasuah Visa Luar Negara (VLN).
AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Kabinet setuju bentuk jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam
Kabinet secara prinsip bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam.
AWANI Ringkas: Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM dirujuk ke AGC
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Nenggiri : 'First flip' kembalikan momentum sokongan PH-BN - Penganalisis
Landskap politik negara jelas menunjukkan perubahan, terutama dari kalangan pengundi Melayu, dan momentum sokongan pada masa hadapan, selepas menyaksikan 'flip' pertama, kerusi bertukar tangan, pada P
PRU15: Kekecohan, keganasan berkait rapat dengan ekonomi - Penganalisis
Kekecohan bukan sahaja disebabkan cengkaman jiwa rakyat yang membuak menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak lama lagi.
Landskap politik Sabah bakal berubah - Penganalisis
Isu lompat-melompat ini harus diteliti secara tuntas bagi mengelakkan ia berlarutan sehingga menjejaskan kestabilan politik.
Proses kematangan demokrasi mengambil masa - Penganalisis
Disebalik peralihan kuasa secara aman kepada kerajaan baharu, proses kematangan demokrasi bukannya mudah bagi negara ini, kata Prof Dr Edmund Terence Gomez.
Prestasi calon wanita mengukuh pada PRU13?
Azyyati Ahmad meninjau sejauh mana prestasi calon wanita memberi impak kepada kemenangan parti mereka pada PRU-13?