awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Prestasi skuad B-23: Tak wajar tuding jari kepada PPBN, AMD - Ahmad Faizal

Bernama
Bernama
09/06/2022
11:37 MYT
Prestasi skuad B-23: Tak wajar tuding jari kepada PPBN, AMD - Ahmad Faizal
Ahmad Faizal berkata, tidak wajar untuk menuding jari kepada Program Pembangunan Bolasepak Negara (PPBN) atas kegagalan skuad bawah-23 tahun (B-23) negara menyerlah dalam beberapa kejohanan antarabangsa kebelakangan ini. - Gambar fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, tidak wajar untuk menuding jari kepada Program Pembangunan Bolasepak Negara (PPBN) atas kegagalan skuad bawah-23 tahun (B-23) negara menyerlah dalam beberapa kejohanan antarabangsa kebelakangan ini.
Beliau berkata semua pihak perlu memahami objektif penubuhan PPBN adalah bagi mencungkil bakat muda bertaraf antarabangsa untuk diketengahkan kepada kelab bola sepak di negara ini dan kelab seharusnya terus menggilap bakat-bakat berkenaan.
"Produk daripada Akademi Mokhtar Dahari (AMD) mempunyai kebolehpasaran 100 peratus, di mana mereka akan disunting dan ditandatangani oleh kelab untuk bermain. Jadi ianya menjadi peranan kelab berkenaan bagi memastikan atlet mempunyai masa bermain yang cukup.
"Sekiranya prestasi atlet menurun, saya fikir tidak sesuai untuk menuding jari kepada barisan jurulatih di AMD... mungkin (setakat ini) kita masih belum mampu melahirkan pemain seperti Lionel Messi atau Cristiano Ronaldo, namun banyak kejayaan kecil yang saya nampak," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar tempatan yang menyifatkan PPBN sebagai "syok sendiri" dengan mengadakan program sekadar untuk mengadakan aktiviti bola sepak.
Bagaimanapun Ahmad Faizal juga percaya pihak kelab tidak akan "merosakkan" bakat-bakat dari PPBN.
Selepas menamatkan Sukan SEA Vietnam pada bulan lepas di tangga keempat, skuad Harimau Muda kendalian Brad Maloney tersingkir seawal peringkat kumpulan pada Kejohanan Piala Asia B-23 2022 di Tashkent, Uzbekistan apabila tewas kepada Korea Selatan, Thailand dan Vietnam.
Dalam perkembangan lain, Ahmad Faizal berkata masih ada ruang untuk memperbaiki Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon dalam menghadapi Bahrain pada Sabtu ini bagi memburu tempat ke pusingan akhir Piala Asia 2023.
"Mereka perlu bermain bersungguh-sungguh dengan mendengar arahan daripada jurulatih (Pan Gon) dan mengikuti strategi yang ditetapkan jurulatih.
Jadi, kami meminta pemain supaya memberikan yang terbaik apabila menyarung jersi kebangsaan dan memberikan keputusan yang baik untuk perlawanan seterusnya," katanya.
Semalam, Malaysia yang menduduki ranking ke-154 dunia berjaya mengatasi pasukan di ranking 134, Turkmenistan 3-1 pada aksi sulung Kelayakan Piala Asia 2023 dan dengan kejayaan itu Malaysia kini berada ditangga teratas Kumpulan E, berkongsi tiga mata bersama Bahrain yang menang 2-0 ke atas Bangladesh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#skuad B-2
#bola sepak
#Menteri Belia dan Sukan
#PPBN
#AMD
#Ahmad Faizal Azumu
#Akademi Mokhtar Dahari
#Program Pembangunan Bolasepak Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan