awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK: 4,000 pegawai, anggota polis bertugas pastikan kelancaran mengundi esok

Bernama
Bernama
08/09/2023
10:21 MYT
PRK: 4,000 pegawai, anggota polis bertugas pastikan kelancaran mengundi esok
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata penugasan melibatkan pemantauan dan kawalan keselamatan di semua pusat mengundi, pusat penjumlahan undi dan kawasan sekitar serta kelancaran lalu lintas. - Gambar fail/BERNAMA
JOHOR BAHRU: Sebanyak 4,000 pegawai dan anggota polis akan bertugas bagi memastikan kelancaran proses pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, esok.
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata penugasan melibatkan pemantauan dan kawalan keselamatan di semua pusat mengundi, pusat penjumlahan undi dan kawasan sekitar serta kelancaran lalu lintas.
Beliau berkata kawalan lalu lintas antaranya di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Iskandar Puteri, serta lebuh raya dan plaza tol khususnya di daerah Johor Bahru dan Muar.
"Bagi memastikan kelancaran lalu lintas, polis juga telah meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) dan kontraktor agar menghentikan sebarang kerja-kerja membaiki jalan.
"Tiada jalan akan ditutup esok bagi mengelakkan daripada berlaku kesesakan yang boleh menghalang dan menyebabkan pengundi lambat ke pusat mengundi," katanya.
Beliau berkata demikian pada pada sidang media selepas memberikan amanat khas kepada semua pegawai dan anggota yang terlibat dalam kedua-dua PRK di Dewan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Skudai, hari ini.
Turut hadir Timbalan Ketua Polis Johor DCP M Kumar.
Kamarul Zaman turut menasihati pengundi dan penyokong agar sentiasa mematuhi arahan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan tidak menimbulkan sebarang kekecohan.
Pengundi juga katanya diminta untuk melaporkan kepada pihak polis sekiranya dihalang oleh mana-mana pihak untuk keluar mengundi.
Sebanyak 47 pusat mengundi membabitkan 294 saluran di Parlimen Pulai manakala DUN Simpang Jeram pula mempunyai sebanyak 14 pusat mengundi dengan 68 saluran.
PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diadakan susulan kekosongan luar jangka berikutan kematian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 23 Julai lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRK
#Parlimen Pulai
#DUN Simpang Jeram
#polis johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan