awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Ayer Kuning: Jentera BN diingat hayati formula "ABCDE"

Bernama
Bernama
21/04/2025
14:45 MYT
PRK Ayer Kuning: Jentera BN diingat hayati formula "ABCDE"
Ahmad berkata jentera parti juga perlu memastikan pengundi tanpa mengira latar belakang kaum keluar mengundi pada 26 April ini. - Gambar fail/Bernama
TAPAH: Jentera Barisan Nasional (BN) diingatkan untuk menghayati formula "ABCDE" pada fasa akhir kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.
Ketua Sekretariat War Room UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata formula itu, merangkumi lima elemen iaitu (A) aktiviti kempen yang konsisten, (B) kerjasama bersepadu dalam kalangan jentera, (C) calon tepat dan berwibawa, (D) data pengundi yang lengkap dan terperinci serta (E) kawalan emosi yang matang sepanjang tempoh berkempen.
"Formula ini sekiranya diamalkan, bakal menjadi kunci kejayaan dalam mana-mana pilihan raya," katanya kepada Bernama ketika berkempen bersama calon BN Dr Mohamad Yusri Bakir, di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Jeram Mengkuang di sini hari ini.
Ahmad berkata jentera parti juga perlu memastikan pengundi tanpa mengira latar belakang kaum keluar mengundi pada 26 April ini, kerana setiap undi penting dalam memastikan BN mengekalkan kerusi DUN Ayer Kuning.
PRK itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mohamad Yusri, calon Perikatan Nasional (PN) Abd Muhaimin Malek dan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) Bawani KS.
-- BERNAMA
Dapatkan informasi terkini PRK Ayer Kuning di sini
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#PRK Ayer Kuning
#Perikatan Nasional
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan