awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Ayer Kuning: Peratusan keluar mengundi masih rendah - SPR

Bernama
Bernama
26/04/2025
05:36 MYT
PRK Ayer Kuning: Peratusan keluar mengundi masih rendah - SPR
Pengerusi SPR Datuk Seri Ramlan Harun bercakap kepada media selepas meninjau pusat mengundi pada PRK DUN Ayer Kuning di Sekolah Menengah Kebangsaan Bidor hari ini. - Foto Bernama
TAPAH: Kadar peratusan mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning pada sebelah pagi masih rendah, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Ramlan Harun.

Ringkasan AI
  • Setakat 11 pagi, hanya 26.36% daripada 31,281 pengundi berdaftar bagi PRK DUN Ayer Kuning telah mengundi. SPR tetap optimis sasaran 70% pengundian dapat dicapai.
  • SPR menyeru pengundi agar keluar awal untuk mengundi kerana cuaca yang tidak menentu. Proses pengundian berjalan lancar di 19 pusat dengan 63 saluran yang dibuka serentak.
  • Hari ini merupakan proses pengundian untuk memilih wakil rakyat baharu bagi DUN Ayer Kuning yang diadakan sehingga jam 6 petang.

Beliau berkata setakat 11 pagi tadi, hanya 26.36 peratus daripada 31,281 pengundi berdaftar, menunaikan tanggungjawab masing-masing.
"Walaupun jumlah peratusan mengundi agak rendah pada pagi ini, SPR tetap optimis bahawa peratusan mengundi bagi PRK DUN Ayer Kuning akan mencapai sasaran 70 peratus," katanya dalam sidang media selepas meninjau pusat pengundian di Sekolah Menengah Kebangsaan Bidor di sini, hari ini.
Justeru, beliau menyeru pengundi berdaftar supaya keluar lebih awal memandangkan keadaan cuaca yang tidak menentu.
Ramlan berkata proses pengundian setakat ini, berjalan lancar dan berharap momentum sedemikian dapat kekal hingga pusat pengundian ditutup 6 petang ini.
Sebanyak 19 pusat mengundi dengan 63 saluran telah dibuka serentak pada 8 pagi tadi bagi PRK DUN Ayer Kuning.
Proses pengundian hari ini melibatkan 31,281 pengundi yang akan menunaikan tanggungjawab mereka bagi memilih wakil rakyat baharu kawasan itu.
-- BERNAMA
Dapatkan informasi terkini PRK Ayer Kuning di sini
Topic Berkaitan
#PRK Ayer Kuning
#peratusan mengundi
#Suruhanjaya Pilihan Raya
#SPR
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan