Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan pada 8 September sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil N27 Balakong.

Tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 18 Ogos, manakala tempoh berkempen bagi PRK ini selama 21 hari.

Beliau turut memaklumkan, bagi pilihan raya kali ini, SPR akan menggunakan senarai data pemilih sehingga suku pertama 2018, yang dikemas kini sehingga Julai.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong mempunyai sejumlah 62,219 pemilih berdaftar.

Ia teridiri daripada 62,000 pemilih biasa, 31 orang pemilih awal dan 28 pemilik tidak hadir luar negara.

Selain itu, SPR juga akan melaksanakan penambahbaikan bagi PRK ini.

Antaranya penambahan petak mengundi di tempat mengundi daripada dua petak kepada empat petak.

Ini bagi mempercepatkan proses pengundian di saluran mengundi.

PRK DUN Balakong diadakan susulan kematian penyandangnya Ng Tien Chee yang maut dalam kemalangan di kilometer 11.7 Lebuhraya Grand Saga pada 20 Julai.