Pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Balingian dianggap mencatat sejarah pilihan raya di negara ini apabila jumlah mereka yang keluar mengundi setakat tengah hari sudah mencecah 60 peratus iaitu 8,014 daripada 13,233 pemilih berdaftar.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata peratusan itu ialah yang tertinggi dan tidak pernah dicatat dalam pilihan raya umum atau PRK sebelum ini.
"PRK Kajang sehingga 12 tengah hari hanya 40 peratus turun mengundi tetapi pada PRK Balingian pada pukul 11 pagi 53 peratus atau 7,085 pengundi dah keluar mengundi, ini satu sejarah amat baik.
"Jika berterusan kita yakin apabila pusat-pusat pengundian ditutup pada sebelah petang ini akan mencapai sasaran 80 peratus yang telah ditetapkan oleh SPR," katanya kepada pemberita di sini.
Beliau juga berkata proses pengundian pada sebelah pagi berjalan lancar tanpa sebarang insiden dan provokasi.
"Ada isu teknikal seperti pengundi yang memeluk agama Islam menggunakan nama lain tetapi dalam MyKad nama lain dan ada seorang pengundi kad pengenalan rosak tetapi ingat nombor kad pengenalan namun ini berjaya diselesaikan,"katanya.
Beliau berkata SPR juga sedang menyiasat dakwaan seorang pemilih yang datang untuk mengundi namun namanya tiada dalam senarai daftar pemilih walaupun pernah mengundi di kawasan sama sebanyak dua kali.
"Kita akan semak dengan teliti sama ada dakwaan itu benar atau bohong, biasanya jarang berlaku nama pengundi dipotong atau dipindahkan ke tempat lain," katanya lagi.
Bernama
Sat Mar 29 2014
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
MAIS lancar kempen salur wang daripada sumber haram kepada Baitulmal
Wang Tidak Patuh Syariah merupakan wang atau harta yang diperoleh daripada sumber haram seperti transaksi riba, hasil jualan barang curi atau rompakan, duit rasuah dan loteri.
Tragedi solat Jumaat: Aziz dianggap wira halang lebih banyak kematian
Abdul Aziz selamatkan nyawa banyak orang dalam Masjid Linwood dengan mengambil senjata pengganas Christchurch dan pecahkan tingkap keretanya.
TLDM tingkat kawalan sempadan sekat kemasukan PATI Rohingya - Abdul Aziz
TLDM terus mempertingkatkan kawalan di kawasan sempadan terutama di kawasan utara negara bagi menyekat kemasukan pendatang Rohingya.
Penyokong parti di Permatang Pauh agresif dan beremosi - SPR
Penyokong parti politik di Permatang Pauh bukan sahaja agresif, tetapi juga sangat beremosi, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
PRK Balingian: 60 peratus keluar mengundi setakat 12 tengah hari - SPR
Kata SPR Peratusan itu ialah yang tertinggi dan tidak pernah dicatat dalam pilihan raya umum atau PRK sebelum ini.
Tiada peti undi hilang di Putrajaya - SPR
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan dakwaan bahawa tiga peti undi hilang di kawasan Parlimen Putrajaya sewaktu Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) tempoh hari.
PRU13: Dakwat kekal dicalit dahulu
Pelaksanaan dakwat kekal pada jari pengundi perlu dilakukan sebelum kertas undi diberi bagi mengelakkan sebarang penipuan.