awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon 'Kung Fu Hustle' Bruce Leung meninggal dunia
Bekas penolong pegawai Mara hadapi 25 pertuduhan pecah amanah wang bayaran pinjaman
Pemandu van Thailand didakwa sebabkan kematian penunggang motosikal wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK DUN Melor ditangguhkan

Bernama
Bernama
04/05/2021
07:03 MYT
PRK DUN Melor ditangguhkan
Suruhanjaya Pilihan Raya mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Melor susulan kematian Md Yusnan Yusof pada 30 April lalu.
KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Melor, Kelantan yang sepatutnya diadakan susulan kematian penyandang kerusi itu, Dr Md Yusnan Yusof ditangguhkan, kata Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak.
"Memandangkan Proklamasi Darurat yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 11 Jan 2021 [P.U.(A) 7/2021] dan peruntukan Seksyen 13 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 berkaitan Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri yang sedang berkuat kuasa maka Pilihan Raya Kecil bagi DUN N.23 Melor, Kelantan ditangguhkan," katanya dalam kenyataan hari ini. BACA: Ayah sebut 'Allahuakbar' sebelum rebah
BACA: ADUN Melor Md Yusnan Yusof meninggal dunia
Beliau berkata, SPR menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Kelantan, Datuk Abdullah Ya'kub berhubung kekosongan luar jangka kerusi DUN itu, semalam.
Perkara 46(5) Bahagian Pertama Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan telah memperuntukkan yang kekosongan sesuatu kerusi DUN Kelantan perlu diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan kerusi tersebut.
Semalam, Abdullah mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Melor susulan kematian Md Yusnan pada 30 April lepas.
Md Yusnan, 53, meninggal dunia di rumahnya di Melor, Kelantan pada 2.28 pagi akibat serangan jantung.
Beliau memenangi kerusi DUN Melor bagi dua penggal berturut-turut iaitu pada Pilihan Raya Umum ke-13 dan ke-14. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRK DUN Melor
#Dun Melor
#ditangguhkan
#Md Yusnan Yusof
#Suruhanjaya Pilihan Raya
#SPR
#darurat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan