awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Projek RTB atasi masalah banjir kilat di Taman Sejahtera - Exco
PBB sambut baik pembukaan semula pintu sempadan Rafah - Jurucakap
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK DUN Slim berlangsung hari ini

Astro Awani
Astro Awani
28/08/2020
23:09 MYT
PRK DUN Slim berlangsung hari ini
Seramai 689 petugas dilantik SPR bagi mengendalikan proses pengundian PRK hari ini. -BERNAMA
Proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim membabitkan 12 pusat mengundi dan 54 saluran berlangsung hari ini.
Pusat pengundian mula dibuka 8 pagi ini hingga 5.30 petang.
Seramai 689 petugas dilantik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mengendalikan proses pengundian PRK hari ini.
Semalam, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh memaklumkan pihaknya berharap keputusan PRK itu dapat diketahui sebelum pukul 9 malam sekiranya tiada bantahan dan gangguan.
Katanya, SPR menyasarkan 85 peratus daripada 22,749 pengundi biasa akan keluar mengundi berbanding sasaran 70 peratus sebelum ini dengan mengikut peraturan serta prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi mencegah penularan COVID-19.
PRK DUN Slim menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional, Mohd Zaidi Aziz dengan dua calon bebas iaitu peguam Amir Khusyairi Mohamad Tanusi serta bekas guru S. Santharasekaran.
Kerusi DUN Slim kosong berikutan kematian ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim selama empat penggal, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib daripada BN yang meninggal dunia akibat serangan sakit jantung pada 15 julai.
Sejumlah 96.25 peratus daripada 267 pengundi awal telah menunaikan hak mereka pada selasa lalu.
Topic Berkaitan
#ADUN
#Barisan Nasional
#calon
#guru
#koronavirus
#meninggal dunia
#operasi
#pilihan raya
#pilihan raya kecil
#serangan
#SOP
#Suruhanjaya Pilihan Raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan