KUALA LUMPUR: Kejayaan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram menjadi bukti Kerajaan Perpaduan diterima rakyat.
Menurut Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, rakyat di kawasan itu lebih matang dalam memberi mandat kepada gabungan politik yang boleh membawa kepada kestabilan politik negara.
"Ia satu (bukti) keabsahan... para pengundi matang di Pulai dan Simpang Jeram, ini membuktikan Kerajaan Perpaduan diterima.
"Apa yang telah disebutkan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) selaku pemimpin dalam Kerajaan Perpaduan untuk menterjemahkan kestabilan di peringkat nasional dengan terus mengekalkan 148 kerusi Parlimen ini... ia telah diterjemahkan pengundi di Pulai," jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Perhimpunan Agung ke-15 Parti Makkal Sakti Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada Ahad.
Tambah Ahmad Zahid lagi, kemenangan di dua PRK itu juga memberi isyarat kepada seteru politik agar menghentikan serangan terhadap Kerajaan Perpaduan ketika ini.
"Tentunya ini akan beri satu isyarat pada pihak seteru politik kita, cukuplah daripada memainkan terus isu-isu menimbulkan fitnah dengan pelbagai muslihat...
"...jadilah sahabat kalau mereka mahu melihat kestabilan politik di negara kita.
"Kesengsaraan rakyat sebelum ini harus diubat segera dengan mengisi lompong kekurangan bagi menyantuni permasalahan rakyat, kita mara ke hadapan untuk terjemahkan pelaksanaannya," katanya lagi.
Fareez Azman
Sun Sep 10 2023

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata rakyat di kawasan itu lebih matang dalam memberi mandat kepada gabungan politik yang boleh membawa kepada kestabilan politik negara. - Gambar/ Astro AWANI

Ancelotti tinggalkan Real Madrid, nakhoda baharu Brazil
Pengendali berusia 65 tahun dari Itali itu akan secara rasmi memulakan tugas bersama Brazil pada 26 Mei, sejurus tamat musim La Liga.

Rusia anggap rundingan dengan Malaysia penting, Kremlin sahkan persiapan sedang berjalan
Lawatan Perdana Menteri Anwar mencerminkan komitmen Malaysia untuk memperkukuh hubungan dua hala dengan Rusia.

Korea Selatan, Malaysia adakan pusingan ke-9 rundingan FTA di Kuala Lumpur
Pusingan terbaharu itu berlangsung selama tiga hari di Kuala Lumpur dan melibatkan kira-kira 70 pegawai perdagangan kedua-dua negara.

Turkiye terajui diplomasi keamanan global - Erdogan
"Kami sokong komitmen Trump untuk menyelesaikan konflik melalui dialog dan diplomasi," kata Erdogan selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet.

Gajah mati: RimbaWatch gesa henti projek jalan jejas habitat hidupan liar
RimbaWatch desak kerajaan hentikan projek jalan raya di kawasan hutan sensitif selepas kematian anak gajah, demi lindungi habitat spesies terancam dan cegah konflik liar-manusia.

Tiga pelajar cedera kemalangan ketika dalam perjalanan ke sekolah
Kemalangan melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha NVX yang dipercayai melanggar sebuah kereta jenis Perodua Myvi.
![[TERKINI] 8 anggota FRU maut kemalangan [TERKINI] 8 anggota FRU maut kemalangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-05/41747105464_anggotaFRUmautk.jpg)
[TERKINI] 8 anggota FRU maut kemalangan
Ketika ini bilangan yang disahkan meninggal dunia seramai lapan orang dan kerja-kerja mengeluarkan mangsa masih dijalankan di lokasi.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS disokong oleh sentimen pasaran lebih baik
Pada 8 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.2950/3170 berbanding dolar AS daripada 4.2970/3005 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Prestasi S&P 500: Setakat 13 Mei 2025
MarketWatch menyediakan tinjauan menyeluruh mengenai Indeks S&P 500, merangkumi berita terkini pasaran saham, data dagangan, dan analisis pergerakan pasaran. Saham dalam Indeks Standard & Poor’s 500 dikategorikan mengikut sektor dan industri, memudahkan pemahaman corak prestasi pasaran. Saiz setiap saham mencerminkan permodalan pasaran, menunjukkan kekuatan dan kedudukan syarikat-syarikat utama dalam pasaran.

Laungan berunsur xenophobia punca Indonesia didenda FIFA
Hukuman itu adalah untuk PSSI memberikan kesedaran kepada penyokong skuad Garuda bagi mengelak kejadian serupa berulang.

BN hilang 27,000 undi Melayu pada PRK - Isham Jalil
BN kehilangan 27,000 undi Melayu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram yang berlangsung pada Sabtu.

PRK Johor: Nazri mahu dekati anak muda, beri kesedaran kepentingan mengundi
Nazri Abdul Rahman daripada PH yang memenangi kerusi Dewan DUN Simpang Jeram semalam, bertekad mahu mendekati anak muda.

PRK Johor: Kemenangan PH-BN bukti keabsahan Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Kejayaan PH dan BN memenangi PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram menjadi bukti Kerajaan Perpaduan diterima rakyat, kata Ahmad Zahid.

PRK: Kemenangan PH isyarat Johor tolak politik guna agama - Sheikh Umar
Kemenangan PH memberi isyarat rakyat Johor tidak menerima politik yang mempergunakan agama secara keterlaluan.

PRK Pulai: Enam kali kalah, sebab Pas sukar diterima di Johor - Suhaizan
Suhaizan menyifatkan, kekalahan enam kali beliau sebelum ini yang bertanding atas tiket Pas, adalah kerana parti itu sukar diterima di Johor.

PRK Johor: Kemenangan PH bukan undi simpati - Suhaizan
Suhaizan menegaskan ia sebuah kemenangan yang meyakinkan termasuk di kerusi Parlimen Pulai yang menyaksikan beliau memperoleh lebih 18,000 majoriti.

PRK Pulai: 'Orang kepercayaan' Salahuddin menang majoriti lebih 18,000
Ini merupakan percubaan kali ketujuh Suhaizan dalam pilihan raya, sekali gus 'menamatkan kemarau' kemenangan beliau.

PRK Simpang Jeram: Tidak mungkin saya menang tanpa kerjasama PH-BN - Nazri
Nazri berkata, ia sekali gus mematikan stigma kononnya kerjasama itu ditolak dan berlaku usaha untuk memboikot bagi memastikan kekalahan Kerajaan Perpaduan.

PRK: PH menang di DUN Simpang Jeram, jurutera pilihan pengundi
Pakatan Harapan (PH) berjaya meneruskan tampuk pimpinan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, sekali gus melenyapkan stigma gelombang Perikatan Nasional (PN) di kawasan itu.
![[TIDAK RASMI]: 2-0, PH mendahului di Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram [TIDAK RASMI]: 2-0, PH mendahului di Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81640175701_SuhaizanKayatSpea.jpg)
[TIDAK RASMI]: 2-0, PH mendahului di Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram
Keputusan tidak rasmi menyaksikan Pakatan Harapan (PH) berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) yang berlangsung pada Sabtu