awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Laporan media dakwa Malaysia beri lebih 5,000 hektar tanah kepada Indonesia tidak tepat - Arthur
LZS sasar kutip RM2.2 juta zakat PDRM Selangor menerusi skim potongan gaji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Kinabatangan, Lamag: Elak pakai, bawa barang bersimbol parti ke pusat mengundi - SPR

Bernama
Bernama
23/01/2026
14:45 MYT
PRK Kinabatangan, Lamag: Elak pakai, bawa barang bersimbol parti ke pusat mengundi - SPR
Khairul Shahril berkata pengundi diingatkan untuk membawa kad pengenalan dan catatan maklumat pengundian bagi memudahkan semakan nama serta membantu kelancaran proses pengundian. - Gambar fail/Bernama
KINABATANGAN: Semua pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag diingatkan supaya tidak memakai baju, topi, pelitup muka atau membawa barang yang mempunyai lambang serta simbol parti atau calon ke pusat mengundi, esok.

Ringkasan AI
  • Pengundi PRK Kinabatangan dan DUN Lamag perlu patuhi arahan tidak memakai pakaian atau bahan berunsur politik ke pusat mengundi.
  • Suruhanjaya Pilihan Raya ingatkan pengundi untuk tidak gunakan telefon di tempat mengundi serta bawa kad pengenalan untuk kelancaran proses pengundian.
  • Majikan diminta beri kebenaran pekerja keluar mengundi; tempoh berkempen tamat malam ini dan parti dilarang aktif di media sosial serta pusat mengundi pada hari mengundi.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Khairul Shahril Idrus berkata pengundi juga dilarang membawa apa-apa bahan kempen serta sebarang tagline atau slogan kempen yang menjurus atau membawa maksud sokongan atau cenderung kepada mana-mana fahaman politik.
Beliau berkata kegagalan pengundi mematuhi atau melanggar peruntukan ditetapkan boleh menyebabkan mereka dilarang daripada memasuki pusat mengundi oleh petugas pilihan raya dan peringatan sama juga terpakai kepada calon dan petugas pilihan raya.
"SPR berharap semua pihak mematuhi undang-undang, peraturan dan etika pilihan raya bagi memastikan kelancaran proses pilihan raya serta tidak menggugat ketenteraman awam. Sebarang pelanggaran undang-undang yang berkaitan boleh dikenakan tindakan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pengundi juga tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit di saluran mengundi masing-masing, sebaliknya perlu meletakkan telefon bimbit ditempat disediakan setelah menerima kertas undi dan mengambilnya semula setelah selesai mengundi.
Khairul Shahril berkata pengundi diingatkan untuk membawa kad pengenalan dan catatan maklumat pengundian bagi memudahkan semakan nama serta membantu kelancaran proses pengundian dan perlu menunjukannya kepada kerani pengundian pertama (KP1), di tempat mengundi masing-masing.
Beliau berkata sebelum itu pengundi boleh membuat semakan awal maklumat seperti pusat mengundi, saluran mengundi dan nombor bilangan melalui portal https://mysprsemak.spr.gov.my, menghubungi talian SPR di 03-88927018 atau melalui aplikasi MySPRSemak.
"Pengundi diingatkan supaya tidak menyerahkan kad pengenalan mereka kepada pihak lain selain petugas pilihan raya," katanya.
Beliau berkata majikan juga diingatkan supaya membenarkan tempoh yang munasabah kepada pekerja yang berdaftar sebagai pemilih untuk keluar mengundi esok, sebagaimana diperuntukkan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
SPR turut mengingatkan semua pihak yang bertanding bahawa tempoh berkempen akan tamat pada pukul 11.59 minit malam ini dan selepas tempoh itu berakhir, semua pihak perlu menghentikan sebarang bentuk aktiviti berkempen termasuk aktiviti merayu undi.
Ini termasuklah di luar pusat mengundi dan juga melalui saluran media sosial seperti Facebook, X, Instagram, TikTok, Threads dan lain-lain.
"Semua parti atau calon bertanding dilarang membuka, membina atau menyelenggara barung pada hari mengundi kerana perkara tersebut merupakan satu kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954," katanya.
Sebanyak 1,106 petugas akan mengendalikan proses pengundian esok yang melibatkan 36 pusat mengundi biasa yang mengandungi 117 tempat mengundi atau saluran.
Khairul Shahril berkata sebanyak 48,282 orang pengundi layak mengundi dalam PRK Parlimen Kinabatangan dan PRK DUN Lamag, Sabah serta berharap semua pengundi menjalankan tanggungjawab mereka dengan keluar mengundi.
Beliau berkata sebanyak dua pusat mengundi akan ditutup pada 12 tengah hari esok manakala 34 pusat mengundi pula akan ditutup secara berperingkat mulai 1 tengah hari hingga 5.30 petang mengikut masa mengundi yang telah ditetapkan.
"Di samping itu, penandaan dakwat kekal pada PRK ini akan dibuat pada jari kelingking tangan kiri pengundi yang hadir mengundi nanti," katanya.
PRK Parlimen Kinabatangan yang menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mohd Kurniawan Naim Moktar mewakili Barisan Nasional (BN), Datuk Saddi Abdul Rahman (Warisan) dan Goldam Hamid (Bebas), manakala pertandingan satu lawan satu antara Mohd Ismail Ayob (BN) dan Mazliwati Abdul Malek (Warisan) di DUN Lamag, diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66, pada 5 Dis tahun lepas.
-- BERNAMA
Dapatkan keputusan dan berita terkini PRK Kinabatangan dan PRK Lamag di sini
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Facebook
#media sosial
#PRK Kinabatangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan