awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pusat Kewangan Antarabangsa dilancarkan di tengah Vietnam
Indonesia sekat sementara akses Grok susulan kebimbangan kandungan deepfake AI
Washington, Caracas jayakan operasi bawa pulang kapal tangki Minerva ke perairan Venezuela
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Kinabatangan tiga penjuru, DUN Lamag satu lawan satu

Astro Awani
Astro Awani
10/01/2026
02:45 MYT
PRK Kinabatangan tiga penjuru, DUN Lamag satu lawan satu
Calon BN bagi Parlimen Kinabatangan, Mohd Naim Kurniawan Bung Moktar dan calon BN bagi DUN Lamag, Mohd Ismail Ayob, berarak menuju pusat penamaan calon di Dewan Sri Lamag. - Foto BERNAMA
KINABATANGAN: Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan menyaksikan pertandingan tiga penjuru, manakala PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag berlangsung sebagai pertembungan satu lawan satu, selepas proses penamaan calon berakhir pagi ini di Dewan Sri Lamag.
Bagi kerusi Parlimen Kinabatangan, calon Barisan Nasional (BN), Naim Kurniawan Moktar, akan berdepan cabaran daripada calon Parti Warisan, Datuk Saddi Abdul Rahman, serta calon bebas, Goldam Hamid, yang merupakan seorang peguam.
Sementara itu, bagi kerusi DUN Lamag, pertandingan hanya melibatkan dua calon iaitu calon BN, Mohd Ismail Ayob atau dikenali sebagai Miha, dan calon Parti Warisan, Mazliwati Abdul Malek Chua.
Tiada calon lain mengemukakan kertas pencalonan sebelum tempoh penamaan calon ditutup pada jam 10 pagi.
Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Eddy Syaizul Rizam Abdullah, berkata proses penamaan calon berjalan lancar dan pengumuman rasmi akan dibuat selepas semua prosedur berkaitan selesai.
Hari pengundian bagi kedua-dua PRK ini ditetapkan pada 24 Januari, manakala pengundian awal akan berlangsung pada 20 Januari.
Topic Berkaitan
#PRK
#Parlimen Kinabatangan
#DUN Lamag
#Naim Kurniawan Moktar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan