Ketidakhadiran calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid semasa tempoh berkempen tidak harus dijadikan isu oleh mana-mana pihak termasuk pembangkang.
Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin berkata ketidakhadiran calon dalam kempen PRK itu bukanlah kali pertama berlaku di negara ini.
Khairy mengambil contoh Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, Selangor, M. Manoharan yang bertanding dalam pilihan raya umum ke-12 (PRU12) pada tahun 2008 tetapi tidak berkempen kerana sedang menjalani tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kamunting, Perak.
"Manoharan yang dalam ISA bukan sahaja boleh bertanding, malah menang sebagai ADUN," katanya ketika berucap pada program Pemuda Prihatin Kuala Kangsar di sini hari ini.
Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata ketidakhadiran Mastura dalam kempen PRK Kuala Kangsar kerana edah dan ia dibuat setelah mendapat nasihat daripada Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.
"Mufti Perak beritahu hukum edah itu memang betul, beliau tidak boleh keluar rumah, tapi tidak dihalang untuk bertanding," kata Khairy.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Mastura yang juga balu Anggota Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad dipilih sebagai calon BN bagi PRK Kuala Kangsar.
Mastura, 55, menerusi tayangan video berkata beliau tidak dapat menyertai kempen yang dijadual bermula 5 Jun depan kerana masih berada dalam tempoh edah selama empat bulan 10 hari sebagaimana ditetapkan dalam hukum agama Islam apabila seseorang wanita kematian suami.
Selain itu, Khairy turut mengajak semua anggota Pemuda UMNO dan BN supaya sama-sama membantu kemenangan Mastura dalam PRK Kuala Kangsar selain meningkatkan jumlah majoriti undi.
"Kemenangan ini penting untuk kita teruskan pembangunan di Kuala Kangsar, bawa perubahan sebagaimana yang menjadi hasrat Wan Khair-il Anuar," katanya.
Pada PRU13, Wan Mohammad Khair-il memperoleh majoriti 1,082 undi menewaskan calon PAS Khalil Idham Lim Abdullah dan calon Bebas Datuk Kamilia Ibrahim.
PRK Parlimen Kuala Kangsar akan diadakan pada 18 Jun depan berikutan kematian Wan Khair-il Anuar dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.
Bernama
Sun May 29 2016
Khairy Jamaluddin menyertai gotong royong menyimen batu bata di kediaman Nazmin Mohamad Sidek selepas majlis penyampaian sumbangan membaiki rumah di Kampung Talang Dusun, Kuala Kangsar. - fotoBERNAMA
AWANI Tonight 12 Dec 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. PM launches National AI Office
2. Australia to charge tech companies for news content
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PM launches National AI Office
2. Australia to charge tech companies for news content
#AWANIEnglish #AWANINews
Consider This: Climate Policy — What's Next for Malaysia in 2025
Following the conclusion of COP29 in Baku, the global climate conversation shifts once again to action—or the lack of it. What lessons can we draw from those global negotiations? And might they shape Malaysia’s ASEAN chairmanship in 2025? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Nik Nazmi Nik Ahmad, Minister of Natural Resources and Environmental Sustainability. His new book is titled ‘Saving the Planet: Climate and Environmental Lessons from Malaysia and Beyond’.
AWANI 7:45 [12/12/2024] - Perbahasan Ahli Parlimen | Kontroversi Pulau Batu Puteh | Masa depan negara | Hujan berterusan tahap waspada
Kontroversi Pulau Batu Puteh, Dewan Rakyat bahas laporan Suruhanjaya Di Raja.
Tiga bekas menteri dakwa Tun Mahathir buat keputusan tanpa rujuk Kabinet.
Malaysia negara awal dunia tumpuan tinggi pendapatan digital.
Hujan berterusan lima negeri sehingga Jumaat.
Tiga bekas menteri dakwa Tun Mahathir buat keputusan tanpa rujuk Kabinet.
Malaysia negara awal dunia tumpuan tinggi pendapatan digital.
Hujan berterusan lima negeri sehingga Jumaat.
Bursa Malaysia ditutup rendah, indeks komposit kekal atas paras 1,600
Bursa Malaysia bergelut untuk mengekalkan momentum positifnya sepanjang hari dan ditutup rendah sedikit hari ini berikutan jualan lewat dagangan.
AWANI Tonight: PM launches National AI Office
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim launches the national artificial intelligence office today, with the aim to position Malaysia as a regional AI hub.
AWANI Tonight: Australia to charge tech companies for news content
Australia is set to introduce new rules that will penalise big tech companies if they don't compensate Australian media outlets for news content on their platforms.
Lebih RM75.9 juta kerugian akibat penipuan dalam talian dilaporkan di Melaka
Lebih RM75.9 juta kerugian dilaporkan akibat penipuan dalam talian di Melaka, membabitkan 1,845 kes setakat 10 Dis lalu.
Usul bahas laporan RCI Batu Puteh bukan untuk dakwa mana-mana pihak - Azalina
Perbahasan laporan RCI bagi membolehkan kerajaan mengambil cadangan serta keputusan untuk memperbaiki kelemahan berkaitan kes berkenaan.
Banjir: Jumlah mangsa di Perak meningkat, situasi di Terengganu dan Pahang kian pulih
Jumlah mangsa banjir di Perak meningkat petang ini manakala situasi bencana itu di Terengganu dan Pahang kian pulih.
Kastam gagalkan penyeludupan dadah lebih setengah juta ringgit
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menggagalkan cubaan menyeludup dadah selepas merampas 233.14 kilogram (kg) daun khat, kanabis, dan methamphetamine dianggarkan bernilai RM546,708.
PRK Kuala Kangsar: Mastura boleh keluar mengundi - Mufti Perak
Calon Barisan Nasional itu perlu menjaga adab, mematuhi etika berpakaian yang bersesuaian dan tidak terlalu menonjolkan diri kepada khalayak ramai.
PRK Kuala Kangsar: Ketidakhadiran calon BN dalam kempen tidak harus dijadikan isu
M. Manoharan yang bertanding dalam PRU12 pada tahun 2008 juga tidak berkempen kerana sedang menjalani tahanan di bawah ISA, kata Khairy.