awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PRK Kinabatangan: Peti undi SK Inarad terawal tiba di pusat penjumlahan rasmi
Kesatuan Pekerja Hyundai bantah penggunaan robot Atlas di kilang pengeluaran
Pengunduran daripada jawatan dalam FAM langkah perlu - Pemerhati bola sepak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Lamag rekod 55.16 peratus keluar mengundi setakat 3 petang - SPR

Bernama
Bernama
24/01/2026
08:13 MYT
PRK Lamag rekod 55.16 peratus keluar mengundi setakat 3 petang - SPR
Lamag mencatat peratusan keluar mengundi tertinggi iaitu 66.61 peratus, diikuti Balat (59.35 peratus), Buang Sayang (57.31 peratus), Bukit Garam (56.14 peratus), Usaha Jaya (54.66 peratus) dan Kota Kinabatangan (52.94 peratus). -Foto Bernama
KINABATANGAN: Sebanyak 55.16 peratus atau 7,455 pengundi telah menunaikan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag setakat 3 petang ini, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Mengikut pecahan daerah mengundi, Lamag mencatat peratusan keluar mengundi tertinggi iaitu 66.61 peratus, diikuti Balat (59.35 peratus), Buang Sayang (57.31 peratus), Bukit Garam (56.14 peratus), Usaha Jaya (54.66 peratus) dan Kota Kinabatangan (52.94 peratus).
Kesemua sembilan pusat mengundi yang mengandungi 30 tempat mengundi atau saluran itu dibuka pada 7.30 pagi tadi membolehkan 13,515 pengundi berdaftar melaksanakan tanggungjawab memilih wakil rakyat baharu.
Kesemua pusat mengundi berkenaan dibuka hingga 5.30 petang dan akan ditutup secara berperingkat mulai 1 tengah hari hingga 5.30 petang mengikut masa mengundi yang telah ditetapkan.
PRK DUN Lamag menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Mohd Ismail Ayob dan Mazliwati Abdul Malek (Warisan) manakala PRK Parlimen Kinabatangan menyaksikan saingan tiga penjuru antara calon BN Mohd Kurniawan Naim Moktar, Datuk Saddi Abdul Rahman (Warisan) dan Goldam Hamid (Bebas).
PRK berkenaan diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66, pada 5 Dis tahun lepas.
-- BERNAMA
Dapatkan keputusan dan berita terkini PRK Kinabatangan dan PRK Lamag di sini
Topic Berkaitan
#peratusan keluar mengundi
#Suruhanjaya Pilihan Raya
#Kinabatangan
#Lamag
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan