awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Mahkota: Pengundian tamat, penjumlahan undi bermula

Bernama
Bernama
28/09/2024
10:36 MYT
PRK Mahkota: Pengundian tamat, penjumlahan undi bermula
Berdasarkan data SPR seramai 61,274 pengundi layak untuk mengundi hari ini manakala undi awal telah berlangsung pada Selasa lepas. - Bernama
KLUANG: Proses pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota hari ini berakhir selepas semua 20 pusat mengundi yang dibuka sejak pukul 8 pagi ditutup secara rasmi pada 6 petang.
Selepas pusat pengundian ditutup, proses pengiraan undi bermula di pusat pengundian, sebelum kertas undi dibawa ke pusat penjumlahan rasmi di Dewan Tunku Ibrahim Ismail di sini.
Berdasarkan data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seramai 61,274 pengundi layak untuk mengundi hari ini manakala undi awal telah berlangsung pada Selasa lepas, selain kertas undi pos telah dikeluarkan pada 15 Sept.
Secara keseluruhannya DUN Mahkota mempunyai 66,318 pengundi dengan majoritinya ialah pengundi Melayu iaitu 56 peratus, pengundi Cina (34 peratus), pengundi India (lapan peratus) dan bakinya lain-lain.
SPR menerusi kenyataan memaklumkan sebanyak 47.16 peratus pengundi telah menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat baharu mereka setakat 4 petang.
Cuaca di bandar Kluang adalah baik pada sebelah pagi, namun hujan lebat pada sebelah petang, menepati ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
PRK DUN Mahkota yang terletak dalam Parlimen Kluang menyaksikan pertembungan antara calon Barisan Nasional (BN) Syed Hussien Syed Abdullah dan Perikatan Nasional (PN) Mohamad Haizan Jaafar.
PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lepas.
-- BERNAMA
Dapatkan informasi terkini PRK Mahkota di sini
Topic Berkaitan
#PRK Mahkota
#pengundian tamat
#penjumlahan undi
#politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan