JOHOR BAHRU: Keputusan untuk menyediakan laluan khas kepada pengundi yang terlibat dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai, yang bekerja di Singapura akan dibuat selepas menerima maklum balas jentera parti.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau juga akan ke Singapura pada Rabu (esok) untuk bertemu rakyat Malaysia yang bekerja di republik itu bagi mendapatkan pandangan mereka.
“Saya akan diberi taklimat oleh jentera pilihan raya dari segi penyebaran maklumat dan maklum balas yang diterima tentang kesediaan pengundi bekerja di sana sama ada balik atau tidak.
“Esok pun saya akan berada di Singapura pada sebelah petang untuk berjumpa mereka sendiri dan mendengar maklum balas,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan ceramah Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai di Taman Anggerik pada malam Selasa.
Saifuddin Nasution menambah, ketika ini kerajaan kekal dengan keputusan untuk tidak menyediakan laluan khas.
Sebelum ini, Calon Pakatan Harapan (PH) PRK Parlimen Pulai, Suhaizan Kayat memohon Jabatan Imigresen membuka laluan khas di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) pada 9 September ini.
Katanya, ia bagi memudahkan rakyat Johor yang bekerja di Singapura untuk pulang mengundi pada PRK khususnya di Parlimen Pulai.
Hasimi Muhamad
Tue Sep 05 2023

Saifuddin Nasution menambah, ketika ini kerajaan kekal dengan keputusan untuk tidak menyediakan laluan khas. - Gambar fail

Muktamar Pas tumpu usaha kekal sokongan anak muda - Mohd Amar
Muktamar Pas ke-69 bulan depan dijangka memberi tumpuan terhadap usaha untuk memastikan sokongan pengundi muda terhadap parti itu kekal hingga ke pilihan raya seterusnya.

Kebakaran: Sesi persekolahan SK Permatang To' Kandu berjalan seperti biasa
Sesi persekolahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang To' Kandu, Permatang Pauh diteruskan walaupun lima bilik darjah di sekolah berkenaan musnah dalam kebakaran pada Jumaat lalu.

Pusat Multidimensi Farm Fresh bantu murid miskin dalam akademik
Kementerian Pendidikan bekerjasama dengan Farm Fresh untuk mewujudkan Pusat Multidimensi bagi mencegah tekanan kemiskinan multidimensi dalam kalangan murid sekolah.

Radzi mahu penyebar fitnah tampil mohon maaf
Datuk Mohd Radzi Md Jidin mahu penyebar fitnah yang mendakwa beliau terlibat dengan rasuah dalam satu projek rundingan terus bernilai RM80 juta untuk tampil memohon maaf.

AS 'dalam peperangan secara langsung' dengan Rusia- Menteri Luar Sergey Lavrov
Amerika Syarikat "secara langsung dalam peperangan" dengan Moscow, kata Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov selepas penutupan minggu peringkat tertinggi Pehimpunan Agung PBB ke-78.

Sukan Asia Hangzhou: Nur Suryani, Alia terlepas final 10m air rifle
Penembak veteran Nur Suryani Mohamed Taibi terlepas peluang untuk mara ke final acara 10m air rifle individu wanita.

Sukan Asia: Speedy Tigers laung amaran awal dengan belasah Thailand 9-0
Skuad hoki lelaki kebangsaan melaungkan amaran awal dalam pemburuan pingat emas Sukan Asia Hangzhou 2022, selepas membelasah Thailand 9-0 pada aksi sulung.
Larian amal RimbaKita, platform promosi kelestarian alam
Program anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia yang bersifat santai itu menyaksikan kehadiran peserta daripada pelbagai peringkat usia.

KPM sedia hadapi musim tengkujuh - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) telah membuat persiapan untuk semua sekolah dalam menghadapi musim banjir menjelang hujung tahun ini.

UNGA: Manila gesa penyelesaian aman berhubung pertikaian di Laut China Selatan
Filipina menggesa "penyelesaian secara aman, mengikut undang-undang antarabangsa" berhubung pertikaian di Laut China Selatan.

Pendatang tanpa izin buat penempatan haram nekad terjun cerun elak ditahan
Ada antara mereka juga cuba melarikan diri melalui lorong-lorong di hutan berkenaan namun gagal setelah kawasan tersebut dikepung oleh pasukan serbuan terlebih dahulu.

Imigresen tahan lelaki Pakistan dalang seludup PATI, sasar wanita tempatan jadikan isteri
Lelaki warga Pakistan yang mengahwini rakyat tempatan dan aktif sebagai dalang sindiket penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) sejak Mei tahun lalu akhirnya diberkas di sini, pada Isnin lalu.

PRK Pulai: Cadangan laluan khas diputuskan selepas terima maklum balas - Saifuddin Nasution
Keputusan untuk menyediakan laluan khas kepada pengundi yang terlibat dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai yang bekerja di Singapura akan dibuat selepas menerima maklum balas jentera parti.

Pusat pemeriksaan: Trafik dijangkakan sesak mulai 31 Ogos menjelang cuti sekolah
Trafik dijangkakan sesak di kedua-dua pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas dalam tempoh 31 Ogos hingga 11 Sept 2023.

Iris pertikai KDN tamatkan kontrak imigresen sebagai 'tidak sah, menyalahi undang-undang'
IITS mempertikaikan penamatan seperti yang dinyatakan dalam notis dan akan mengambil tindakan yang perlu untuk melindungi kepentingannya.

Xpats Gateway: Permohonan pas penggajian ekspatriat lebih efisien, mudah dan singkat - KDN
Xpats Gateway yang dilancarkan pada 15 Jun lepas, merupakan salah satu inisiatif kerajaan dalam urusan permohonan pas penggajian ekspatriat, supaya menjadi lebih efisien, mudah dan mengambil masa yang

Kewujudan 'kacang hantu' dalam JIM dan JPN perlu dibanteras - TPM Zahid
Zahid Hamidi, berkata adalah tidak adil untuk membuat tuduhan secara rambang atau mengaitkan seluruh jabatan melakukan amalan rasuah.

Kecoh di KLIA: Kronologi dari hari pertama kes mula tular
Kes tersebut mendapat liputan meluas dengan setakat ini pihak yang terlibat mula mengeluarkan kenyataan bagi menjelaskan situasi berkenaan.

Kertas Enkuiri Polis dibuka berhubung kes kekecohan di KLIA
Polis sedang menjalankan siasatan mengikut Kertas Enkuiri Polis (KEP) berkaitan kekecohan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) membabitkan Menteri Pelancongan, Tiong King Sing.

Laporan polis dibuat, notis penolakan masuk pelawat China dibuat mengikut prosedur
Penolakan kemasukan pelawat wanita dari China dikenali sebagai Wang Xu dijalankan mengikut prosedur serta selaras Arahan Tetap Ketua Pengarah Imigresen Bil. 09 Tahun 2017.