awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Sg Bakap: Jentera Perpaduan jangan leka - Ahmad Maslan

Bernama
Bernama
25/06/2024
15:09 MYT
PRK Sg Bakap: Jentera Perpaduan jangan leka - Ahmad Maslan
Ahmad meminta pengundi supaya membuat pilihan tepat ketika mengundi calon wakil rakyat mereka pada 6 Julai ini. - Gambar fail/Bernama
NIBONG TEBAL: Gerak kerja jentera Kerajaan Perpaduan perlu dilipat gandakan bagi memenangi semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap pada Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kawasan itu 6 Julai ini, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Ahmad Maslan.
Beliau berkata meskipun Pakatan Harapan mempunyai kelebihan di kawasan Parlimen Nibong tebal namun ia bukan jaminan kepada gabungan itu untuk mudah menawan semula kerusi DUN Sungai Bakap yang dimenangi Perikatan Nasional (PN).
"Kita jangan leka... kita nak tawan maka gerak kerja perlu dilipat gandakan berbanding nak pertahankan. Oleh itu, malam tadi kami bawa bahagian angkat iaitu seluruh bahagian (UMNO) dari Pulau Pinang untuk bantu dan negeri angkat dari Perlis, Kedah dan Perak untuk bantu pastikan kemenangan calon PH Dr Joohari Ariffin," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas meninjau Projek Pembinaan Depot Tahanan Imigresen dan Kuarters Pegawai jabatan berkenaan di Jawi, di sini hari ini.
Timbalan Menteri Kerja Raya itu juga meminta pengundi supaya membuat pilihan tepat ketika mengundi calon wakil rakyat mereka pada 6 Julai ini kerana hanya calon daripada kerajaan memerintah sahaja mampu membawa permasalahan mereka kepada pihak bertanggungjawab.
PRK DUN Sungai Bakap menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara antara calon PH, Johari, 60 dan calon PN Abidin Ismail, 56 diadakan susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Mohd Nor pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.
Pada Pilihan Raya Negeri lepas, Nor Zamri yang merupakan Yang Dipertua Pas Nibong Tebal menewaskan calon PH Nurhidayah Che Ros dengan majoriti 1,563 undi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRK Sungai Bakap
#pilihan tepat
#satu lawan satu
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan