NIBONG TEBAL: Kerjasama parti-parti komponen bawah khemah Kerajaan Perpaduan sangat baik dan lebih erat sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap yang memasuki hari ketiga hari ini berbanding sebelum ini.
Naib Presiden PKR, Chang Lih Kang berkata, kerjasama erat itu tercetus daripada pengalaman tujuh PRK sebelum ini dan berikutan itu tidak wujud sebarang masalah antara parti di bawah Pakatan Harapan (PH) mahupun Barisan Nasional (BN).
Beliau berkata, ini juga merupakan antara kekuatan kempen Kerajaan Perpaduan dalam bergerak secara bersama sebagai jentera Perpaduan dalam misi memenangkan calon PH, Dr Joohari Ariffin.
"Saya nampak BN pun bertungkus-lumus, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) pun bertungkus-lumus. Sekarang kita mempunyai kerjasama yang sangat erat.
"Jadi, kita strategise bersama dan mempunyai bilik gerakan bersama untuk PRK DUN Sungai Bakap," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Ceramah Perpaduan PRK DUN Sungai Bakap di Padang Taman Puteri Gunong, Simpang Ampat, di sini, malam tadi.
Chang yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, rekod prestasi kerajaan negeri Pulau Pinang dan calon PH merupakan anak jati Sungai Bakap juga antara kekuatan bagi kempen Kerajaan Perpaduan dalam misi merampas kembali kerusi yang juga kubu kuat PKR sejak 2008 itu.
Sementara itu, Naib Presiden PKR, K. Saraswathy yang turut hadir pada ceramah itu berkata, tahap penerimaan rakyat terhadap calon-calon yang diketengahkan Kerajaan Perpaduan sangat baik termasuk masyarakat India.
Justeru, beliau yang juga Timbalan Menteri Perpaduan Negara yakin PKR dapat menebus kekalahan pada PRK kali ini setelah gagal mempertahankan kerusi tersebut pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang Ogos tahun lepas.
PRK DUN Sungai Bakap pada 6 Julai ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Joohari dan calon Perikatan Nasional (PN) yang juga Naib Yang Dipertua Pas Nibong Tebal, Abidin Ismail.
Kerusi DUN Sungai Bakap yang mempunyai 39,279 pemilih terdiri daripada 39,222 pengundi biasa dan 57 anggota polis, kosong berikutan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.
Pada PRN Pulau Pinang Ogos tahun lepas, Nor Zamri yang juga Yang Dipertua Pas Nibong Tebal menewaskan calon PH Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi. - BERNAMA
Bernama
Mon Jun 24 2024

Menurut Chang Lih Kang, kerjasama erat itu tercetus daripada pengalaman tujuh PRK sebelum ini dan berikutan itu tidak wujud sebarang masalah antara parti di bawah Pakatan Harapan (PH) mahupun Barisan Nasional (BN). - Gambar Bernama

Biro Politik PKR adakan mesyuarat khas hujung bulan ini, tumpu program PRN Sabah - PM Anwar
Biro Politik PKR akan mengadakan mesyuarat khas pada 29 Mei ini bagi membincangkan mengenai persediaan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Rafizi tokoh sesuai sertai 'payung besar' PRU16 - Annuar Musa
Annuar berpandangan bahawa Rafizi merupakan tokoh yang sesuai untuk menyertai satu koalisi politik nasional yang disifatkan sebagai payung besar.
AWANI Ringkas: Kesuma ingatkan majikan jaga hak pekerja
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Tular: Penganggur diberkas, modus operandi sasar kereta tak berkunci
Seorang penganggur dipercayai aktif melakukan kegiatan curi menggunakan modus operandi menyasarkan kenderaan yang ditinggalkan dalam keadaan tidak berkunci.

Lelaki parah ditetak bekas suami kekasih
Angkara cemburu, seorang lelaki parah ditetak tiga individu termasuk bekas suami teman wanitanya di di Puchong, Subang Jaya pada Sabtu.
Wonda Kopi Kluang cemerlang, lebih 2 juta tin terjual
Edisi terhad Wonda Kopi Kluang yang diperkenalkan melalui kempen filem Keluang Man telah merekodkan jualan melebihi dua juta tin di seluruh negara.
ASEAN 25: Reruai, pameran ketengah keunikan produk dan budaya Malaysia
Reruai jualan dan pameran terbuka kepada orang awam bermula pada 23 hingga 25 Mei, manakala delegasi ASEAN pada 26 dan 27 Mei, melibatkan sejumlah 36 reruai dengan 25 pempamer.

PKR minta 13 kerusi untuk PRN Sabah - Nurul Izzah
Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah mengemukakan permintaan untuk bertanding di 13 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.

UMNO tidak tamak minta jawatan menteri kabinet jika berlaku kekosongan
"Itu hak mereka, kita tidak boleh campur dan kita tahu batas-batas permintaan kita."

Trump ugut kenakan tarif ke atas telefon pintar yang tidak dihasilkan di AS
Trump mengumumkan bahawa beliau akan mengenakan tarif sebanyak 25 peratus ke atas produk Apple jika iPhone tidak dihasilkan di Amerika Syarikat.

Pertembungan pendapat AMK-Pemuda UMNO perkara biasa politik orang muda - Amirudin
Pertembungan pendapat antara Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Pemuda UMNO berhubung isu politik adalah perkara biasa selagi tidak terkeluar daripada asas kerjasama Kerajaan Perpaduan.

Pembangkang semakin dapat sokongan rakyat - Muhyiddin
Pembangkang semakin mendapat sokongan rakyat terutama orang Melayu berdasarkan situasi politik semasa ketika ini.
![[KOLUMNIS] Sungai Bakap mengalir kecewa nasional [KOLUMNIS] Sungai Bakap mengalir kecewa nasional](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720269586_TBSgBakap.jpg)
[KOLUMNIS] Sungai Bakap mengalir kecewa nasional
Kerajaan Perpaduan bukan tidak melakukan yang terbaik, tetapi gagal dalam naratif mereka.

PRK Sungai Bakap: DAP akur pilihan pengundi, lakukan introspeksi - Nga
Menurut Nga, DAP komited dan berdedikasi untuk mengejar pencapaian politik dan mendapat kepercayaan rakyat sambil membuat persiapan bagi menghadapi PRU akan datang.

Amanah tawaduk terima keputusan PRK Sungai Bakap - Mohamad
Kesepaduan jentera antara PH dan BN juga perlu diperkukuh bagi menghadapi pilihan raya yang mendatang terutamanya Pilihan Raya Umum ke-16, kata Mohamad.

PRK Sungai Bakap: Kerajaan ambil kira pandangan semua pihak - Fahmi
Langkah dasar penyasaran subsidi diesel merupakan gambaran manifestasi rakyat yang disuarakan melalui PRK Sungai Bakap adalah antara perkara yang akan diteliti dalam 'bedah siasat PRK itu.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.

Kekalahan di Sungai Bakap bukan penamat hadapi PRK seterusnya - Ahmad Zahid
Kekalahan calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap di Pulau Pinang semalam bukanlah penamat kepada gabungan parti dalam Kerajaan Perpaduan khus

Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih
Calon PN Abidin Ismail yang diumumkan menang pada PRK Sungai Bakap hari ini tampil bertemu dengan orang ramai menggunakan lori.

PRK Sungai Bakap: Isyarat rakyat tolak dasar PH-BN - Muhyiddin
Menurut Muhyiddin, Ia juga isyarat jelas penolakan rakyat terhadap dasar-dasar kerajaan PH-BN yang menyusah dan merimaskan rakyat.