NIBONG TEBAL: Pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, diseru memilih calon yang berpengetahuan dan berwatak agar dapat menyumbang kepada kestabilan pembangunan di kawasan itu, kata Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata, masyarakat memerlukan pemimpin berkualiti yang dapat memimpin DUN Sungai Bakap ke arah lebih baik dari aspek pembangunan infrastruktur, ekonomi, sosial, agama, perpaduan dan pendidikan.
"Kepada semua pengundi Sungai Bakap, calon Perpaduan ini (Dr Joohari Ariffin) bukan calang-calang. Dia calon yang berotak dan berwatak, wibawanya, santunnya dan juga hemah yang tinggi budi bahasanya.
"Saya sebagai Menteri Pendidikan risau, kalau calon ini terus dipertikaikan kerana kita sedang membina generasi yang benar-benar mengangkat isu pendidikan ini sebagai isu yang sangat penting," katanya ketika berucap pada ceramah Perpaduan di Taman Jawi Indah, di sini, malam tadi.
Turut hadir Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Dr Mohammad Abdul Hamid merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung dan calon Pakatan Harapan (PH) bagi PRK DUN Sungai Bakap, Dr Joohari Ariffin.
Fadhlina berkata, tidak ada orang yang lebih memahami pendidikan melainkan Joohari, yang merupakan bekas guru dan anak jati Sungai Bakap yang cukup diyakini bahawa beliau boleh memberikan perkhidmatan yang terbaik, untuk anak-anak Sungai Bakap.
Terdahulu, Fadhlina ketika ditemui selepas melawat Pusat Media PRK DUN Sungai Bakap di Kompleks Rakan Muda, di sini menyifatkan Joohari yang juga bekas pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara antara calon terbaik yang pernah diketengahkan Kerajaan Perpaduan dan diyakini mempunyai peluang cerah untuk merampas kembali kerusi DUN itu daripada Perikatan Nasional (PN).
Beliau berkata, keyakinan itu berdasarkan kualiti kewibawaan Joohari dan apa yang beliau tawarkan kepada rakyat, khususnya dari segi infrastruktur dan penyelesaian isu-isu setempat.
Mengulas gerak kerja kempen pula, Fadhlina berkata, beliau sangat berpuas hati dengan komitmen ditunjukkan jentera gabungan Kerajaan Perpaduan, iaitu PH dan Barisan Nasional (BN), yang bersungguh-sungguh berkempen demi memenangkan calon PH.
Joohari dicabar Naib Yang Dipertua Pas, Nibong Tebal Abidin Ismail mewakili PN dalam pertembungan satu lawan satu pada PRK DUN Sungai Bakap, 6 Julai, yang diadakan susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei, akibat keradangan dalam perut.
Pada Pilihan Raya Negeri Ogos tahun lepas, Nor Zamri yang merupakan Yang Dipertua Pas Nibong Tebal menewaskan calon PH, Nurhidayah Che Ros dengan majoriti 1,563 undi. - BERNAMA
Bernama
Tue Jun 25 2024

Fadhlina seru pengundi bagi PRK DUN Sungai Bakap untuk memilih calon yang berpengetahuan dan berwatak agar dapat menyumbang kepada kestabilan pembangunan di kawasan itu. - Gambar Bernama

BYD atasi Tesla, catat pendapatan AS$107.2 bilion pada 2024
Pendapatan tersebut meningkat 29 peratus berbanding tahun sebelumnya, melebihi unjuran Bloomberg sebanyak CN766 bilion.

Pemandu kereta rempuh penunggang motosikal bawah jejambat ditahan
Siasatan awal mendapati, penunggang motosikal yang berhenti di lorong kecemasan di bawah jejambat, dirempuh sebuah kereta dari belakang.

'Yayasan Amal Malaysia terima dana USAID - fitnah jahat'
Mohd Razali berkata, YAM beroperasi secara bebas dengan berlandaskan prinsip ketelusan, integriti dan kebertanggungjawaban dalam setiap inisiatif.

Agensi pelarian PBB gantung hampir semua bantuan perubatan di Mesir
Mulai sekarang, agensi PBB hanya boleh membiayai rawatan kecemasan dalam situasi yang mengancam nyawa, kata jurucakap UNHCR.

Turkiye penting untuk keselamatan Eropah, kata Erdogan
Erdogan menegaskan bahawa Eropah tidak boleh memastikan keselamatannya tanpa Turkiye.

Pesuruhjaya Perdagangan EU ke Washington untuk elak perang perdagangan
Sefcovic dijadualkan bertemu dengan Setiausaha Perdagangan AS, Howard Lutnick, dan Wakil Perdagangan, Jamieson Greer.

Angola tarik diri sebagai pengantara konflik DR Congo - Presiden
Pengantara baharu akan dikenal pasti dalam beberapa hari akan datang, kata presiden Angola dalam satu kenyataan.

Kesuma galak syarikat media buat caruman wartawan, jurufoto sambilan
Setakat tahun lepas, seramai 700 orang wartawan dan 500 jurugambar sambilan telah melakukan caruman dalam skim perlindungan sosial.

Singapura rampas e-vaporiser bernilai lebih AS$150,000
HSA dan ICA memaklumkan bahawa e-vaporiser tersebut dirampas dalam dua operasi berasingan.

MAHB bersedia mengukuhkan rangkaian, sambungan di Routes Asia 2025
Syarikat itu mahu melibatkan diri dalam rangkaian yang berharga, mendapatkan pandangan mengenai trend pasaran terkini.

Pertembungan pendapat AMK-Pemuda UMNO perkara biasa politik orang muda - Amirudin
Pertembungan pendapat antara Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Pemuda UMNO berhubung isu politik adalah perkara biasa selagi tidak terkeluar daripada asas kerjasama Kerajaan Perpaduan.

Pembangkang semakin dapat sokongan rakyat - Muhyiddin
Pembangkang semakin mendapat sokongan rakyat terutama orang Melayu berdasarkan situasi politik semasa ketika ini.
![[KOLUMNIS] Sungai Bakap mengalir kecewa nasional [KOLUMNIS] Sungai Bakap mengalir kecewa nasional](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720269586_TBSgBakap.jpg)
[KOLUMNIS] Sungai Bakap mengalir kecewa nasional
Kerajaan Perpaduan bukan tidak melakukan yang terbaik, tetapi gagal dalam naratif mereka.

PRK Sungai Bakap: DAP akur pilihan pengundi, lakukan introspeksi - Nga
Menurut Nga, DAP komited dan berdedikasi untuk mengejar pencapaian politik dan mendapat kepercayaan rakyat sambil membuat persiapan bagi menghadapi PRU akan datang.

Amanah tawaduk terima keputusan PRK Sungai Bakap - Mohamad
Kesepaduan jentera antara PH dan BN juga perlu diperkukuh bagi menghadapi pilihan raya yang mendatang terutamanya Pilihan Raya Umum ke-16, kata Mohamad.

PRK Sungai Bakap: Kerajaan ambil kira pandangan semua pihak - Fahmi
Langkah dasar penyasaran subsidi diesel merupakan gambaran manifestasi rakyat yang disuarakan melalui PRK Sungai Bakap adalah antara perkara yang akan diteliti dalam 'bedah siasat PRK itu.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.

Kekalahan di Sungai Bakap bukan penamat hadapi PRK seterusnya - Ahmad Zahid
Kekalahan calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap di Pulau Pinang semalam bukanlah penamat kepada gabungan parti dalam Kerajaan Perpaduan khus

Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih
Calon PN Abidin Ismail yang diumumkan menang pada PRK Sungai Bakap hari ini tampil bertemu dengan orang ramai menggunakan lori.

PRK Sungai Bakap: Isyarat rakyat tolak dasar PH-BN - Muhyiddin
Menurut Muhyiddin, Ia juga isyarat jelas penolakan rakyat terhadap dasar-dasar kerajaan PH-BN yang menyusah dan merimaskan rakyat.