awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Sungai Bakap: Rakyat boleh nilai retorik pembangkang - Zambry

Bernama
Bernama
29/06/2024
08:31 MYT
PRK Sungai Bakap: Rakyat boleh nilai retorik pembangkang - Zambry
Zambry berucap pada Majlis Perasmian Persidangan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Dungun 2024 di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) hari ini.- Foto Bernama
DUNGUN: Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap Datuk Seri Zambry Abd Kadir yakin rakyat semakin bijak menilai isu dibangkitkan pembangkang yang bersifat retorik sekadar untuk meraih sokongan ketika berkempen.
Beliau berkata perkara sama juga dilakukan pembangkang ketika PRK DUN Kuala Kubu Bharu, Selangor dan PRK Parlimen Pulai, Johor sebelum ini.
"Tetapi rakyat dapat membezakan antara hanya ucapan kempen dan retorik...maka tentunya rakyat dapat fikir bahawa yang paling mustahak adalah siapa yang dapat beri khidmat terbaik kepada mereka," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Dungun di sini hari ini.
Mengenai naratif buruk terhadap Kerajaan Perpaduan yang dimainkan pembangkang di PRK Sungai Bakap, Zambry berkata kerjasama Pakatan Harapan (PH) dan BN sepanjang kempen yang kini memasuki minggu kedua juga sangat baik dan memberi indikasi positif untuk dinilai rakyat.
PRK DUN Sungai Bakap pada 6 Julai ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Pakatan Harapan Dr Joohari Ariffin dan Naib Yang Dipertua PAS Nibong Tebal Abidin Ismail mewakili Perikatan Nasional (PN).
Sungai Bakap yang merupakan satu daripada tiga DUN di bawah Parlimen Nibong Tebal mempunyai 39,279 pemilih terdiri daripada 39,222 pengundi biasa dan 57 anggota polis.
-- BERNAMA
Dapatkan informasi terkini PRK Sungai Bakap di sini
Topic Berkaitan
#PRK Sungai Bakap
#Zambry Abd Kadir
#isu dibangkitkan pembangkang
#UMNO
#Barisan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan