JOHOR BAHRU: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Nur Jazlan Mohamed berpandangan isu ketiadaan dana yang dihadapi oleh calon Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya negeri (PRN) kali ini disifatkan satu pembalasan akibat tindakan politik yang didakwa dilakukan oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) terhadap UMNO sebelum ini.
Jelasnya, perbuatan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamed pada tahun 2018 yang didakwa menganiaya UMNO dan beberapa pemimpinnya dengan pertuduhan politik menyebabkan akaun parti dibekukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tujuan siasatan 1MDB.
Beliau berkata, sepanjang dua tahun dari 2018 sehingga 2020, UMNO terpaksa menahan keperitan tanpa dana untuk menguruskan parti dan berdepan dengan lapan pilihan raya kecil (PRK).
“Bagi saya semua itu (ketiadaan dana PRN) adalah satu kifarah atau hukum karma kepada Muhyiddin dan Bersatu yang sebelum ini menganiaya UMNO.
“'Tindakan Muhyiddin dan Mahathir nak hancurkan UMNO dengan pelbagai dakwaan dan siasatan terpilih akhirnya berbalik kepada mereka.
“Akaun UMNO juga pernah dibekukan sebab siasatan SPRM ke atas Presiden UMNO dalam kes 1MDB. Tapi akhirnya memang tiada kaitan UMNO dalam kes berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Nur Jazlan mengulas mengenai kenyataan Setiausaha Pas Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir yang mengakui PN mengalami kekangan kewangan untuk berkempen pada PRN ini kerana akaun Bersatu masih dibekukan oleh SPRM.
SPRM dalam satu kenyataan media pada April lalu memaklumkan bahawa dua akaun parti Bersatu yang sebelum ini dibekukan disita oleh suruhanjaya itu.
Akaun tersebut disita pada 11 April selepas mengemukakan perintah mengikut Seksyen 50 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA 2001).
Menurut Ketua UMNO Bahagian Pulai itu, UMNO pernah merasai keperitan dan kesusahan bila kantung parti dibekukan, namun pemimpin serta ahlinya tetap tabah mengharungi dugaan itu.
Katanya, berkat kesabaran pemimpin dan ahli-ahlinya, UMNO akhirnya tetap memang lima daripada lapan PRK yang diadakan sepanjang tempoh 2019 dan 2020 tanpa dana pilihan raya yang besar.
“UMNO terpaksa berjuang dan berdepan dengan beberapa PRK dengan kantung yang kosong. Tapi pemimpin dan orang UMNO tak adalah nak mengeluh.
“Jadi sekarang ini biarlah Bersatu dan Pas rasakan pula macam mana pedih serta sakitnya bila kena batang tubuh sendiri.
“Biarlah Muhyiddin cari cara lain untuk membayar jentera kempen Pas sepanjang PRN ini,” ujarnya.
Dalam perkembangan sama, Nur Jazlan berkata, bila pemimpin Pas mengeluh mengenai ketiadaan dana PRN akibat akaun Bersatu dibekukan, ia membuktikan selama ini parti berkenaan sememangnya banyak ditaja oleh Bersatu.
Jelas beliau, jika sebelum ini pemimpin Pas sering menafikan parti itu mendapat sumbangan dana daripada Bersatu terutamanya pada Pilihanraya Umum Ke-15 lalu, namun kenyataan daripada Pas Selangor itu sudah mendedahkan cerita sebenar.
“Jadi benarlah cerita-cerita sebelum ini yang dakwa Bersatu memang jadi ‘banker’ kepada Pas.
“Sebab itulah pemimpin Pas terutamanya Tan Sri Abdul Hadi Awang (Presiden Pas) cukup sayangkan Bersatu hingga sanggup khianati UMNO dalam Muafakat Nasional,” katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Aug 02 2023
Nur Jazlan berkata, sepanjang dua tahun dari 2018 sehingga 2020, UMNO terpaksa menahan keperitan tanpa dana untuk menguruskan parti dan berdepan dengan lapan PRK. - Gambar fail
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Koordinasi agensi pelaksana Persekutuan-negeri perlu penambahbaikan - Fadillah
Koordinasi antara agensi pelaksana Persekutuan dan negeri perlu ditambah baik bagi membolehkan maklumat tepat diperoleh berhubung status kemajuan projek kerajaan Persekutuan di Sarawak.
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia hari ini bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
Kerjasama GRS, parti nasional masih diperlukan untuk kestabilan politik Sabah - Hajiji
Kerjasama antara parti tempatan di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan parti nasional masih diperlukan untuk memastikan kestabilan politik negeri itu, kata Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor.
Kemampuan kerajaan GRS tingkatkan hasil pengukur penting PRN
Peningkatan hasil negeri sejak 2021 menjadi kayu pengukur penting untuk rakyat Sabah menilai prestasi kepimpinan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
BN Johor tekad kekalkan momentum kemenangan pada PRN akan datang - Onn Hafiz
BN Johor bertekad untuk merampas kembali empat kerusi yang dimenangi pembangkang dalam PRN lepas selain memperkasa gerak kerja PRU16.
Lapan bulan selepas PRN, tiada apa-apa dilakukan UMNO Selangor - Tengku Zafrul
Keputusan PRN Selangor merupakan amaran terakhir buat parti itu dan kalau itu masih belum celikkan parti, tiada apa lagi yang boleh sedarkan UMNO Selangor.
Kerjasama Warisan dan UMNO Sabah tidak beri kesan kepada Kerajaan Perpaduan - Armizan
Armizan menjelaskan pendirian mana-mana parti untuk bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya merupakan hak masing-masing.
Hajiji tidak tolak kemungkinan PRN Sabah diawalkan
Hajiji berkata tempoh tamat penggal pentadbiran kerajaan negeri GRS-PH Plus adalah pada Oktober 2025.
Pas ada potensi besar ambil alih Kerajaan Persekutuan - Tuan Ibrahim
Mengambil contoh Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata gelombangnya jelas namun parti kurang bersedia untuk menyokongnya.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dahului senarai penerima Darjah Kebesaran Pulau Pinang
Zulkapli, 58, yang dilantik memegang jawatan itu sejak Februari lalu, merupakan penerima darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri.
PRN: Petisyen pilihan raya empat kerusi dikemuka dalam masa terdekat - MB Selangor
Petisyen pilihan raya bagi membatalkan keputusan empat kerusi dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bulan lepas akan dikemukakan dalam masa terdekat.