awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: Jalaluddin wajar dilantik sebagai MB jika BN lebih kerusi di N. Sembilan

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
12/08/2023
05:37 MYT
PRN: Jalaluddin wajar dilantik sebagai MB jika BN lebih kerusi di N. Sembilan
Khairy Jamaluddin bercakap kepada wartawan selepas mengundi di Pusat Pengundian Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota di Sekolah Menengah Agama Haji Mohd Yatim, Gadong, Rembau, hari ini.
REMBAU: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias perlu diangkat sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan sekiranya blok Barisan Nasional (BN) memperoleh lebih banyak kerusi berbanding gabungan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini.
Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, sekiranya senario itu berlaku dan Datuk Seri Aminuddin masih dikekalkan sebagai Menteri Besar, dibimbangi akan menimbulkan masalah dalam dinamik politik di negeri ini.
“Kalau PH-BN menang di Negeri Sembilan dan kalau BN dapat lebih kerusi daripada PH, Datuk Seri Jalaluddin kena jadi Menteri Besar.
“Dia tidak boleh kalau PH menang kurang dari BN, (tetapi) Aminuddin (kekal) jadi Menteri Besar, itu matematik yang mana siapa dapat lebih (kerusi) dia jadi Menteri Besar.
“Jadi kalau BN dapat lebih kerusi daripada PH dan BN menang di Negeri Sembilan ini, Datuk Seri Jalaluddinlah angkat sumpah jadi Menteri Besar,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengundi di Pusat Pengundian Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota di Sekolah Menengah Agama Haji Mohd Yatim, Gadong, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Rembau berkata, senario itu, bagaimanapun, bergantung pada keputusan penuh selepas pengiraan di buat di semua 36 kerusi DUN di negeri ini.
“(Tetapi) apa pun bergantung kepada setelah semua kiraan undi dibuat nanti dan kalau UMNO dan BN menang lebih banyak kerusi, maka nama Jalaluddin mesti dihantar kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
“Masalah akan timbul kalau PH menang kurang daripada BN, (tetapi) nama dihantar kepada Yang di-Pertuan Besar adalah Aminuddin dan bukan Jalaluddin, maknanya UMNO memang lemahlah,” tambahnya.
Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu, Aminuddin yang juga penyandang kerusi DUN Sikamat dilantik sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan selepas gabungan PH berjaya membentuk kerajaan negeri itu.
Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini pula menyaksikan PH bertanding di 19 kerusi DUN manakala BN bertanding di 17 kerusi.
Topic Berkaitan
#PRN
#jalaluddin alias
#Menteri Besar Negeri Sembilan
#Khairy Jamaluddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan