JOHOR BAHRU: Calon Pakatan Harapan (PH) daripada PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Batu Arthur Chiong Sen Sern disahkan positif COVID-19 setelah melakukan Ujian Pantas Antigen (RTK).
Chiong memaklumkan beliau akan menjalani kuarantin kendiri mengikut protokol kesihatan yang digariskan Kementerian Kesihatan (KKM).
"Mohon jika ada yang bertemu dengan saya secara fizikal dalam beberapa hari yang lepas supaya turut menjalankan ujian pengesanan dan pengesahan COVID-19.
Saya memohon maaf kerana terpaksa membatalkan segala perancangan program yang telah diaturkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, sudah menjadi amalannya untuk melakukan ujian kendiri harian sebelum memulakan program demi keselamatan semua.
Bagaimanapun, pasukan kempen beliau akan meneruskan kesemua aktiviti yang telah dirancang di kawasan DUN berkenaan.
Chiong berkata beliau akan meneruskan aktiviti kempen secara dalam talian dan digital, termasuk menerusi aplikasi WhatsApp, Facebook dan saluran media sosial yang lain.
"Sama-samalah kita berdoa agar kesemua mereka yang sedang mengalami COVID-19 diberikan kesembuhan segera serta kekuatan buat petugas barisan hadapan KKM yang terus menanggung bebanan dalam menguruskan wabak ini. Saya ingin memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku. Jumpa anda dalam beberapa hari lagi!," katanya.
DUN Bukit Batu menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Chiong dan Lee Ming Wen (Parti Warisan), Tan Heng Choon (Perikatan Nasional) dan Suppayah Solaimuthu (Barisan Nasional).
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Mac sebagai hari pengundian PRN Johor, manakala pengundian awal pada 8 Mac.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 27 2022
Chiong memaklumkan beliau akan menjalani kuarantin kendiri mengikut protokol kesihatan yang digariskan Kementerian Kesihatan (KKM). - Foto BERNAMA
Tentera AS edar gambar jeti maritim Gaza siap dibina
Beberapa gambar pembinaan jeti maritim oleh tentera Amerika Syarikat (AS) di Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan telah diedarkan Komando Pusat AS pada Isnin.
Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat berkenaan kepada pegawai penyiasat kes.
Kenaikan cukai perkhidmatan 8% beri kesan kos operasi, unjuran pendapatan Nestle Malaysia dikurangkan
Perbelanjaan operasi bagi 2024 juga diramal bertambah lagi susulan rasionalisasi bahan api yang berkemungkinan dilaksanakan.
Dua sahabat maut dilanggar bas
Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
25 terbunuh bas terjunam gaung di utara Peru
Bas antara negeri itu membawa 50 penumpang apabila insiden itu berlaku kira-kira 10.10 malam waktu tempatan.
Jepun, Uzbekistan berentap final Piala Asia B-23
Pasukan yang kalah dalam penentuan tempat ketiga itu akan menentang Guinea yang berada pada kedudukan keempat.
Che'gu Bard tiba di Mahkamah Sesyen Johor Bahru berdepan tuduhan lagi
Beliau yang hadir bersama peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali, dijangka berdepan satu lagi pertuduhan mengikut Akta Hasutan 1948.
Niaga AWANI: KWSP: Melestari kehidupan persaraan
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikatakan bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat. Namun KWSP telah memperkenalkan Akaun Fleksibel dan berkuat kuasa mulai 11 Mei 2024. Bagaimana pengurusan persaraan selepas ini dan apakah pendekatan terbaik bagi meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat?
CapCut juga mungkin akan diharamkan di Amerika Syarikat
Menurut laporan The Washington Post, Amerika Syarikat turut akan memerlukan CapCut dijual untuk terus beroperasi di negara mereka.
Niaga AWANI: WEF: Exploring multiple dimensions for energy transition
Current climate change has left a significant impact on the health of the planet. Therefore, global at this time gives special focus on energy transition efforts. Head of Centre for Energy and Materials; Member of the Executive Committee, World Economic Forum, Roberto Bocca shares on this at the World Economic Forum from Riyadh, Saudi Arabia.
Calon PH PRK Kuala Kubu Baharu masih dalam perbincangan - Gobind
Gobind yang juga Pengerusi DAP Selangor berkata pihaknya menerima banyak cadangan nama sebagai calon PH dalam PRK itu dan senarai nama berkenaan sedang dipertimbangkan.
PRU15: Siti Aishah azam perhebat kemudahan sukan
Kawasan Bagan Serai masih jauh ketinggalan dengan kebanyakan fasiliti sukannya tidak memenuhi keperluan semasa generasi muda negara.
PRN Melaka: Ejen tidak dibenarkan masuk, calon PH buat laporan polis
Calon Pakatan Harapan (PH) bagi N.04 Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu, Muhammad ASri Ibrahim membuat laporan polis pada Selasa.
PRK Tanjung Piai: Karmaine optimis aura Tun M mampu bantu kemenangan PH
Beliau berkata Dr Mahathir dikenali sebagai negarawan ulung, baik di dalam mahupun luar negara.
Streram nafi PH cuba bunuh karakter Tok Mat
Calon Pakatan Harapan (PH), Dr S.Streram menafikan parti itu cuba membunuh karakter lawannya dari Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan
Dr Streram mahu 'biuskan' orang BN seperti Najib
Calon Pakatan Harapan (PH), Dr S.Streram membidas kenyataan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa mempersenda pekerjaannya sebagai 'pakar bius'.
Streram nafi ada majlis solat hajat dan bacaan Yasin untuknya
Calon Pakatan Harapan (PH) Dr. S Streram menafikan jentera pilihan raya parti itu mengadakan majlis solat hajat dan bacaan yasin untuknya.