JOHOR BAHRU: MENDENGAR azam seorang calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor untuk memastikan bencana Sungai Kim Kim tidak kembali melanda penduduk Pasir Gudang mengingatkan saya terhadap tragedi tersebut.
Pejam celik, pejam celik, sudah 3 tahun bencana yang pernah menggemparkan negara pada 7 Mac 2019 berlalu meninggalkan kita.
Ramai antara kita yang mungkin telah melupakannya, namun sejarah pahit ini pasti dikenang oleh kebanyakan mangsa terutamanya mereka yang masih mengalami kesan sampingan akibat peristiwa tersebut.
Siapa sangka, dalam ketenangan pagi di sebuah bandar raya yang sangat terkenal sebagai kawasan perindustrian di selatan tanah air, tiba-tiba dikejutkan dengan kejadian beberapa pelajar dan pekerja kantin dari dua sekolah berhampiran yang mengalami kesukaran bernafas sebelum dikejarkan ke hospital.
6,000 penduduk terjejas. hampir 3,000 penduduk ke hospital
Situasi memuncak pada 11 Mac apabila beberapa orang murid, guru serta kakitangan dari beberapa buah sekolah mengalami gejala yang sama dan memerlukan rawatan kecemasan dan perubatan dari fasiliti kesihatan berdekatan.
Akibatnya lebih 6,000 orang terjejas, 2,775 terpaksa menerima rawatan perubatan dan lebih 111 buah sekolah rendah dan menengah ditutup dipercayai berpunca dari pembuangan bahan kimia secara haram ke dalam Sungai Kim Kim yang akhirnya menyebabkan pembebasan gas toksik.
Bagi mengatasi bencana tersebut, satu peruntukan kecemasan sebanyak RM6.4 juta terpaksa dibelanjakan untuk tujuan pembersihan kawasan sepanjang 1.5 kilometer di Sungai Kim Kim yang tercemar.
Akhirnya Sungai Kim Kim dan kawasan sekitarnya diisytiharkan selamat dengan berakhirnya kerja-kerja pembersihan pada 19 Mac 2019.
Kejadian seumpamanya tidak berakhir di situ apabila Pasir Gudang ‘menangis’ sekali lagi pada 20 dan 30 Jun tahun yang sama, tetapi kali ini ianya bukan berpunca dari Sungai Kim Kim.
Persekitaran udara yang tepu, selain kewujudan gas-gas toksik dalam udara seperti, acrolein, acrylonitrile dan methyl mercaptan sekaligus memberi kesan kepada kumpulan yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak dan penghidap asthma.
Ketiadaan zon penampan antara industri kimia dengan kawasan sekolah, perumahan dan pusat kegiatan masyarakat, berikutan pembangunan yang tidak lestari sekaligus mendedahkan penduduk Pasir Gudang kepada risiko bencana kimia.
Rentetan daripada kejadian tersebut, pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak kerajaan dalam memastikan kejadian serupa tidak berulang lagi.
Inisiatif apa yang dilakukan?
Antaranya inisiatif yang telah dilaksnanakan ialah penubuhan Jawatankuasa Saintifik Pencemaran Pasir Gudang bagi meyiasat secara saintifik punca pencemaran udara dan memberi cadangan untuk mengatasinya, penubuhan satu unit Jabatan Alam Sekitar (JAS) di Pasir Gudang.
Ia bertujuan untuk bertindak pantas sekiranya wujud aduan pencemaran alam sekitar dan perlaksanaan Program Sekolah Angkat Industri (PROSPAG) bertujuan membekalkan alat pengukur gas iaitu multigas detector kepada sekolah-sekolah yang berada di kawasan Pasir Gudang.
Bandaraya ini turut dilengkapi dengan Sistem Amaran Awal Pencemaran Udara yang terdiri daripada 25 buah stesen Photo Ionization Detector (PID), enam unit Fourier Transform Infrared Spectroscopy (FTIR), dan dua unit bergerak iaitu Gas Chromatography – Mass Spectrometry (GCMS) dan Gas Chromatography – Flame Ionization Detector (GCFID) memantau kualiti udara secara nyata (real time) bagi memberi amaran awal sekiranya berlaku sebarang insiden pencemaran, sekaligus menjadikannya bandar industri pertama dilengkapi sistem sedemikian.
Malahan, bertitik tolak dari bencana ini, satu cadangan pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang lebih tegas dengan denda minimum RM5,000 dan denda maksimum RM10 juta kepada pelaku jenayah pencemaran alam sekitar bakal dibentangkan di Parlimen pada tahun ini.
Walau bagaimanapun, tanpa penguatkuasaan yang berani dan berkesan, pindaan undang-undang semata-mata bukanlah jaminan bahawa insiden ini tidak akan berulang lagi di masa hadapan.
Berkesankah syor jawatankuasa yang ditubuhkan?
Pada masa yang sama, timbul persoalan apakah semua syor yang dibuat oleh jawatankuasa yang ditubuhkan termasuklah dari badan profesional lain seperti Akademi Sains Malaysia di dalam laporan mereka setebal 50 muka surat bertajuk ‘Pengajaran dari Sungai Kim Kim, Pasir Gudang’ telah diambil perhatian dan dilaksanakan oleh pihak berkepentingan?
Sebagai contoh, syor pindaan zon penampan (buffer zone) minimum antara kilang-kilang kimia dan kawasan kediaman yang hanya 500m berdasarkan Garis Panduan Penempatan dan Pengezonan Kawasan Perindustrian dan Kediaman 2012 dipinda kepada jarak antara 1000m hingga 1500m.
Dari aspek kesiapsiagaan komuniti (community preparedness) dalam menghadapi bencana kimia yang sama pada masa akan datang, apakah elemen-elemen penting seperti penyediaan sistem maklumat bencana, latihan kesedaran, pelan tindakan kecemasan (Emergency Response Plan) dan latih amal (drill exercise) antara agensi telah dilakukan?
Bahkan, saya masih ingat sewaktu mengiringi Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam & Pendidikan Negeri Johor pada ketika itu dalam temuramah bersama Astro Awani pada 15 Mac 2019, beliau menekankan betapa pentingnya diadakan program sekolah selamat di kawasan Pasir Gudang bari mempersiapkan murid dan guru sekolah dalam menghadapi bencana kimia pada masa akan datang.
Namun, sehingga ke hari ini selain dari Program ´Abang Bomba ke Sekolah´ anjuran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Johor pada Ogos 2019, saya tidak melihat sebarang program sekolah selamat yang dicadangkan telah dianjurkan.
Terbelakah nasib mangsa pencemaran Sungai Kim Kim?
Bagaimana pula nasib sebahagian mangsa yang terjejas teruk terutamanya dari segi kesihatan akibat pendedahan kepada gas toksik tersebut yang masih terkesan sehingga ke hari ini?
Selain pemberian bantuan wang ihsan secara ‘one-off’ kepada mangsa yang dimasukkan ke wad, apakah pembelaan sewajarnya telah diberikan kepada mereka?
Pun begitu, perkara yang lebih utama dan wajar dijadikan iktibar kepada semua pihak yang terlibat terutamanya agensi penguatkuasa persekutuan mahupun pihak berkuasa tempatan adalah betapa pentingnya mengambil tindakan segera apabila menerima sebarang aduan dari orang awam dan bukan sekadar ‘sapu ke bawah karpet’ semata-mata.
Perjuangan dan kerja menangani pencemaran alam sekitar memerlukan usaha berterusan semua pihak yang terlibat, apatah lagi dalam menangani isu pencemaran udara di Pasir Gudang yang memang telah dicemari dengan pelbagai gas atau bahan mudah meruap dan telah wujud sekian lama di kawasan perindustrian yang telah beroperasi lebih 30 tahun ini.
Semoga ianya bukan sekadar dijadikan modal oleh orang politik dalam meraih sokongan pengundi semata-mata.
* Mohd Soffian Osman merupakan Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy Sdn. Bhd.
**Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
AWANI Columnist
Wed Mar 09 2022
Sejarah pahit ini pasti dikenang oleh kebanyakan mangsa terutamanya mereka yang masih mengalami kesan sampingan akibat peristiwa tersebut. - Foto fail/BERNAMA
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Perubahan iklim: Kerjasama, komitmen antarabangsa perlu jayakan aspirasi
Nik Nazmi berkata, komitmen antarabangsa amat signifikan dan boleh dipuji, biarpun belum mencapai tahap yang dikehendaki.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
RUU Majlis Media Malaysia dibentangkan kali pertama hari ini
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang hari ini, bertujuan memperkasa etika kewartawanan, menggalakkan pelaporan bertanggungjawab, dan menyokong pembangunan media negara.
Isu STEM dan kebajikan nelayan tumpuan hari ini
Sidang terakhir Parlimen hari ini membincangkan isu pendidikan STEM, kebajikan nelayan, semakan Akta Taska 1984, serta pembentangan Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia 2024.
Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun
Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya malam tadi manakala jumlah mangsa di Terengganu terus menurun.
UK sumbang 13 juta pound kepada UNRWA
Perdana Menteri United Kingdom (UK) Keir Starmer mengumumkan sumbangan sebanyak £13 juta pound kepada Agensi Bantuan Dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian Palestin (UNRWA).
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Trump rancang 25 perintah eksekutif pada hari pertama
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump, merancang menandatangani lebih daripada 25 perintah eksekutif dan arahan pada hari pertamanya menjawat jawatan pada 20 Januari.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Qatar pada Rabu mengumumkan akan membuka semula kedutaannya di Syria selepas lebih 13 tahun ditutup.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Waqf ETF, pertama di dunia disenaraikan di Bursa Malaysia
Waqf ETF sasar untuk agih pendapatan setiap tahun dengan separuh diperuntukkan sebagai aset Wakaf, separuh lagi dibayar kepada pemegang unit.
Isu pelantikan MB Johor boleh beri kesan kepada UMNO dan BN - Hamidin
Teka-teki siapa yang akan dilantik menjadi Menteri Besar Johor yang baharu selepas Barisan Nasional (BN) berjaya memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) minggu lalu terus menjadi persoalan ketika ini.
PN, PH dalam dilema untuk lanjut atau tidak MoU kerjasama - Penganalisis
Kedua-duanya dalam dilema antara terus menghormati MoU, desakan pimpinan parti untuk menyegerakan Pilihan Raya Umum (PRU) serta sentimen semasa rakyat terhadap mereka.
UMNO perlu bijak selesaikan isu cadangan MB johor selain Hasni - Penganalisis politik
UMNO perlu menyelesaikan sebarang konflik dalaman dengan baik sekiranya terdapat percanggahan cadangan calon Menteri Besar (MB) Johor selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Sabtu.
[ANALISIS] PRN Johor: Negeri yang makmur perlu didokong rakyat yang makmur
Isu dan permasalahan di Johor ini sedikit kompleks, jika ada keinginan politik, ia pasti boleh diselesaikan dengan baik.
PRN Johor: PH buat 'post mortem' segera kaji silap dan kekurangan
Pakatan Harapan (PH) akan melakukan 'post mortem' dalam kadar segera bagi memastikan kelemahan, kekurangan dan kesilapan sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dapat diperbaiki.
PRN Johor: 54.92 peratus keluar mengundi
Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor mencatatkan peratusan keluar mengundi sebanyak 54.92 peratus.
PRN Johor: Ikhtiar BN bermula dengan Belanjawan Johor 2023 - Hasni
Calon Menteri Besar Johor dari Barisan Nasional, Datuk Hasni Mohammad memberi jaminan Ikhtiar Barisan Nasional (BN) akan dimulakan segera melalui Belanjawan Johor 2023.
PRN Johor: Kemenangan BN hadiah kepada rakyat Johor - Ahmad Zahid
Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada PIlihan Raya Negeri (PRN) Johor merupakan hadiah kepada seluruh rakyat di negeri ini, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
[RASMI] PRN Johor: Salahuddin Ayub pertahan kerusi DUN Simpang Jeram
Salahuddin memenangi kerusi DUN Simpang Jeram buat pertama kali ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.
Penyokong laung 'bubar Parlimen' sambut kemenangan BN
Laungan keramat Barisan Nasional tatkala menyambut kemenangan dalam pilihan raya lazimnya berbunyi 'Hidup Barisan Nasional".