PASIR GUDANG: Sepanjang tiga tahun, adik Muhd Akid Shahrul Azhar, 9, terpaksa bergantung kepada mesin pernafasan setiap malam, jika tidak dia tidak mampu tidur dan dapat bernafas seperti orang lain.
Ibunya, Rodiah Ahmad, 50, berkata sewaktu malam, jantung anak bongsunya itu akan lemah untuk berfungsi dan adakalanya terhenti dengan sendiri, atau dalam erti kata lain, ‘shut down’.
Lebih memilukan, Muhd Akid juga disahkan menghidap 'liver cirrhosis', senario yang akan menyebabkan hanya 10 peratus sahaja daripada hatinya berfungsi.
Semua ini berpunca dari bencana Sungai Kim-Kim yang menimpa penduduk sekitar Pasir Gudang, Johor tiga tahun lalu.
BACA: Kronologi pencemaran kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang
Pencemaran toksik secara sembereno oleh beberapa individu tidak bertanggungjawab membuang 6,000 ton sisa kimia ke dalam Sungai Kim Kim menunjukkan rumah terdekat dengan titik pembuangan sisa tersebut (ground zero) mempunyai jarak hanya 250 meter.
“Hari tu (7 Mac, 2019), baru nak pergi ke sekolah. Masa itu kami pergi ke hospital, sebab abang dia masuk dulu. Masa dekat hospital, doktor tidak dapat kesan bahan kimia badan Akid masa tu. Enam bulan kemudian, doktor mengesan enzim dalam hatinya semakin tinggi, jadi ada masalah banyak.
“Jadi Akid dirujuk ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Sejak itu, saya dan suami kerap ulang alik dari Pasir Gudang ke PPUM di Petaling Jaya,” katanya ketika ditemui Astro AWANI di kediamannya, baru-baru ini.
Rodiah telah berhenti kerja, pengorbanan yang dibuat demi menjaga anaknya sepenuh masa.
Katanya, mesin pernafasan Muhd Akid berharga RM6,000 dan RM400 dibelanjakan setiap bulan membeli ubat-ubatannya.
“Ubat itu berfungsi untuk menjaga 10 peratus baki hati Akid. Kehidupan dia langsung tidak sama sejak peristiwa hitam itu,” kata Rodiah dalam nada sebak.
Penulis dapat melihat air matanya hampir gugur ketika mengenangkan penderitaan yang dilalui keluarganya akibat sikap tidak bertanggungjawab sesetengah individu hingga menyebabkan kira-kira 2,775 penduduk terutamanya melibatkan pelajar dikejarkan ke hospital dan 10 sekolah di daerah Pasir Gudang diarah tutup sementara.
32 keluarga failkan tuntutan RM30 juta
Rodiah, merupakan antara 32 keluarga yang telah menfailkan tuntutan pada Julai 2019, terhadap 12 pihak termasuk, Kerajaan Negeri Johor, serta agensi yang berkaitan.
Sejak kematian ayah mereka, Taufiq Hidayat Jaafar, 33, kini mengambil alih peranan untuk memastikan keadilan bagi adiknya Nur Fadilah, 16, yang turut terjejas dengan bencana tersebut.
Taufiq mendedahkan, adiknya yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Puteri, Pasir Gudang itu terpaksa menjalani pembedahan di bahagian perut dan tiroid, selepas mengalami masalah pernafasan, sehingga saat ini.
“Sebelum pencemaran di Sungai Kim Kim, dia okay sahaja. Tapi selepas (bencana), dia ada masalah pernafasan,” katanya lagi.
Taufiq berkata, pampasan RM250 oleh Kerajaan Negeri untuk individu menerima rawatan di hospital, serta RM500 untuk rawatan di unit rawatan rapi (ICU), langsung tidak masuk akal.
Peguam yang mewakili 32 keluarga terjejas, Kamaruddin Ahmad berkata, dia menjangkakan perbicaraan yang sudah beberapa kali ditangguh ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) itu akan bersambung di Mahkamah Tinggi Johor Bahru, pertengahan tahun ini.
Katanya, nilai tuntutan RM30 juta untuk kesemua 32 keluarga berkenaan, tidak berubah.
7 Mac 2019, detik hitam untuk masyarakat Pasir Gudang
Mengimbau kembali, empat hari selepas tarikh sisa toksik dikesan (7 Mac, 2019), hampir 6,000 penduduk di sekitar Pasir Gudang, terjejas dengan 2,775 terpaksa menerima rawatan.
BACA: Bencana Kim Kim: Senarai bahan kimia berbahaya di Sungai Kim Kim
BACA: Pencemaran Sungai Kim Kim: 'Tiada guna kita bersihkan sekarang kalau seminggu lagi kita dah lupa...' - Saintis
Berdasarkan analisa pakar, sampel yang diambil dari Sungai Kim Kim mengandungi pelarut organik Benzene, Toulene, Xylene, Ethylbenzene dan D-Limonene.
Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim yang diterajui Yeo Bee Yin ketika itu telah mendapatkan bantuan daripada Angkatan Tentera Malaysia, serta Petronas daripada segi jentera, alat dan pakar untuk membantu menangani krisis itu.
BACA: Sungai Kim Kim kini disahkan selamat - Yeo Bee Yin
BACA: Tahap pencemaran Sungai Kim Kim lebih tinggi daripada kategori sungai mati
Berdasarkan laporan sebelum ini, peruntukan kecemasan sebanyak RM6.4 juta terpaksa dibelanjakan untuk tujuan pembersihan kawasan sepanjang 1.5 kilometer di Sungai Kim Kim yang tercemar.
Akhirnya Sungai Kim Kim dan kawasan sekitarnya diisytiharkan selamat dengan berakhirnya kerja-kerja pembersihan pada 19 Mac 2019.
Selamatkah Pasir Gudang?
Memandang ke hadapan, Perunding Keselamatan dan Kesihatan Awam, Safety Management Academy Sdn Bhd, Mohd Soffian Osman berkata, syor jawatankuasa yang ditubuhkan, termasuklah dari badan profesional lain seperti Akademi Sains Malaysia di dalam laporan bertajuk ‘Pengajaran dari Sungai Kim Kim, Pasir Gudang’, perlu diambil perhatian dan dilaksanakan oleh pihak berkepentingan.
Katanya, sebagai contoh, syor pindaan zon penampan (buffer zone) minimum antara kilang-kilang kimia dan kawasan kediaman yang hanya 500m berdasarkan Garis Panduan Penempatan dan Pengezonan Kawasan Perindustrian dan Kediaman 2012.
Zon penampan itu, tegas Mohd Soffian lagi, dipinda kepada jarak antara 1,000m hingga 1,500m.
Dari aspek kesiapsiagaan komuniti (community preparedness) dalam menghadapi bencana kimia yang sama pada masa akan datang pula, tegasnya lagi, perlu ada elemen-elemen penting seperti penyediaan sistem maklumat bencana, latihan kesedaran, pelan tindakan kecemasan dan latih amal (drill exercise) antara agensi.
Perjuangan dan kerja menangani pencemaran alam sekitar, katanya lagi, memerlukan usaha berterusan semua pihak yang terlibat.
“Apatah lagi dalam menangani isu pencemaran udara di Pasir Gudang, yang memang telah dicemari dengan pelbagai gas atau bahan mudah meruap dan telah wujud sekian lama di kawasan perindustrian yang telah beroperasi lebih 30 tahun ini.
“Semoga ianya bukan sekadar dijadikan modal oleh orang politik dalam meraih sokongan pengundi semata-mata,” kata Mohd Soffian lagi.
Pilihan Raya Negeri Johor
Untuk pilihan raya kali ini, Dewan Undangan Negeri (DUN) N 42 Johor Jaya menyaksikan pertandingan empat penjuru di antara Chan San San (Barisan Nasional), Liow Cai Tung (Pakatan Harapan), Victor Chen Hain Kai (Warisan), dan Dr Ker Ching Sheng (Perikatan Nasional).
Pada pilihan raya umum yang lepas, Liow berjaya mempertahankan kerusi tersebut untuk penggal kedua, dengan majoriti 15,565 undi menewaskan Tan Cher Puk (BN), dan Kumutha Rahman (PAS).
Dalam PRU14, seramai 61,079 pengundi telah mengambil bahagian.
Susulan pelaksanaan Undi 18 dan pendaftaran automatik, jumlah pengundi di kawasan itu kini meningkat sehingga 91,882 orang, menjadikan ia antara kerusi yang mempunyai jumlah pengundi teramai di seluruh Johor.
Berdasarkan data terkini, komposisi masyarakat di Johor Jaya terdiri dari 40 peratus kaum Melayu, 46 peratus kaum Cina, manakala selebihnya terdiri dari kaum India, serta masyarakat Sabah, Sarawak, dan lain-lain.
Firdaus Azil
Fri Mar 11 2022
Murid-murid SK Taman Pasir Putih berkumpul di hadapan pagar sekolah menunggu waris masing-masing selepas sekolah berkenaan diarahkan tutup. - Foto fail/BERNAMA
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.
Pindaan Akta 655 perkenal hukuman berat, kesalahan baharu
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof bentangkan pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) dengan memperkenalkan hukuman lebih berat dan kesalahan baharu.
Isu pelantikan MB Johor boleh beri kesan kepada UMNO dan BN - Hamidin
Teka-teki siapa yang akan dilantik menjadi Menteri Besar Johor yang baharu selepas Barisan Nasional (BN) berjaya memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) minggu lalu terus menjadi persoalan ketika ini.
PN, PH dalam dilema untuk lanjut atau tidak MoU kerjasama - Penganalisis
Kedua-duanya dalam dilema antara terus menghormati MoU, desakan pimpinan parti untuk menyegerakan Pilihan Raya Umum (PRU) serta sentimen semasa rakyat terhadap mereka.
UMNO perlu bijak selesaikan isu cadangan MB johor selain Hasni - Penganalisis politik
UMNO perlu menyelesaikan sebarang konflik dalaman dengan baik sekiranya terdapat percanggahan cadangan calon Menteri Besar (MB) Johor selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Sabtu.
[ANALISIS] PRN Johor: Negeri yang makmur perlu didokong rakyat yang makmur
Isu dan permasalahan di Johor ini sedikit kompleks, jika ada keinginan politik, ia pasti boleh diselesaikan dengan baik.
PRN Johor: PH buat 'post mortem' segera kaji silap dan kekurangan
Pakatan Harapan (PH) akan melakukan 'post mortem' dalam kadar segera bagi memastikan kelemahan, kekurangan dan kesilapan sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dapat diperbaiki.
PRN Johor: 54.92 peratus keluar mengundi
Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor mencatatkan peratusan keluar mengundi sebanyak 54.92 peratus.
PRN Johor: Ikhtiar BN bermula dengan Belanjawan Johor 2023 - Hasni
Calon Menteri Besar Johor dari Barisan Nasional, Datuk Hasni Mohammad memberi jaminan Ikhtiar Barisan Nasional (BN) akan dimulakan segera melalui Belanjawan Johor 2023.
PRN Johor: Kemenangan BN hadiah kepada rakyat Johor - Ahmad Zahid
Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada PIlihan Raya Negeri (PRN) Johor merupakan hadiah kepada seluruh rakyat di negeri ini, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
[RASMI] PRN Johor: Salahuddin Ayub pertahan kerusi DUN Simpang Jeram
Salahuddin memenangi kerusi DUN Simpang Jeram buat pertama kali ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.
Penyokong laung 'bubar Parlimen' sambut kemenangan BN
Laungan keramat Barisan Nasional tatkala menyambut kemenangan dalam pilihan raya lazimnya berbunyi 'Hidup Barisan Nasional".