MERSING : Teratak usang yang dihuni enam sekeluarga ini sangat daif dan sebahagiannya hanya menunggu waktu hampir menyembah bumi.
Inilah satu-satunya "syurga" buat enam sekeluarga di Kampung Jemari Baru, Mersing.
Bagi mereka yang buat pertama kali menjejakkan kaki melihat sendiri keadaan rumah keluarga ini, sudah cukup untuk membuatkan hati tersentuh.
Bagi Paezal Zulkepri, 41, bukan dia tidak berusaha untuk keluar dari kepompong kemiskinan, namun dia hanya menemui jalan buntu kerana tidak menemui sebarang peluang pekerjaan.
Perniagaan warung makanan yang diusahakannya sebelum ini terkubur akibat penularan wabak COVID-19 yang melanda negara.
Tidak mahu keluarganya menderita, Paezal turut mengambil upah melakukan kerja-kerja membantu orang kampung sekiranya ada yang sudi untuk menggunakan perkhidmatannya.
Walau apa jua keadaannya, Paezal tetap mencari jalan bagi memastikan keluarganya tidak berlapar.
Kebelakangan ini, punca pendapatan keluarga bergantung kepada hasil jualan cendawan busut yang diusahakannya secara kecil-kecilan. Cendawan busut yang dikutipnya dijual dengan harga RM5 sebungkus.
Hakikatnya, Paezal sendiri tidak sanggup melihat keluarganya yang kini hanya berteduh di dalam teratak reput yang menanti masa untuk rebah.
“Kalau nak cakap mampu tu memang tidak, cendawan ini pun ikut musim ada masa banyak kadang-kadang memang langsung tiada.
“Sebagai ketua keluarga kita hanya mahu yang terbaik buat keluarga tapi tengok sendiri keadaan rumah ini memang tak selesa, namun anak-anak saya sudah biasa,” katanya ketika ditemui Astro AWANI, di sini, baru-baru ini.
Jika hanya ingin bergantung kepada jualan cendawan, sudah semestinya hasil jualan tidak mampu meraih pendapatan untuk menampung perbelanjaan keluarganya.
Katanya, kadang-kala mereka tiada pilihan lain, cukuplah sekadar mengalas perut dengan juadah mee segera.
Menyedari keadaan hidup yang diselubungi kesempitan, Paezal masih bersyukur dikurniakan cahaya mata yang berjiwa besar meski pun anak-anaknya masih kecil.
Ada antara anak-anaknya yang ringan tulang membantunya menjaja cendawan busut di sekeliling kampung selepas waktu persekolahan mereka.
“Kita tahu mereka (anak) penat dan boleh nampak waktu tidur, ada masa sempat mandi kadang-kadang terus tidur sebab letih sangat.
“Tapi saya tidak memaksa mereka, mereka sendiri yang sibuk sangat hendak tolong saya,” katanya lagi.
Bagi anaknya, Mohd Syafiq Firdaus yang berusia 12 tahun, walaupun di usia muda namun, ujian yang dihadapi keluarganya dapat dirasai.
Lebih meruntun jiwa apabila melihat sendiri hasil jualan cendawan busut kadang-kadang tidak mendapat sambutan.
“Kami tengok ayah susah, penat mencari cendawan sendiri, jadi kadang-kadang sedih bila tengok ayah menjual dan tidak laku.
“Saya cakap dengan ayah hendak tolong untuk menjual, kita keluar malam jual dari rumah ke rumah,” katanya ketika menceritakan perjalanan hariannya, kepada Astro AWANI.
Sementara itu, adiknya, Nur Sakinahtul Isyrah, 11, terpaksa menahan telinga apabila sering kali menerima ejekan di sekolah berhubung nasib kehidupannya.
Tidaklah mengharapkan bantuan yang menggunung, namun baginya sudah cukup jika ada pihak yang menghormati keadaannya.
“Selalu kawan sekolah ejek sebab jual cendawan, ada yang cakap jangan beli sebab cendawan busuk tapi nak buat macam mana, bukan tidak sedih tapi itu sahaja yang mampu untuk dibuat, kalau orang dah cakap macam tu,” luahnya.
Realitinya masih ada pihak yang terperangkap dalam kedaifan selain berteduh di teratak usang ini.
Mereka tidaklah berharap bantuan dihulurkan saban hari, namun pintu rumah yang uzur itu sentiasa terbuka buat insan yang berhati mulia ingin menghulurkan bantuan.
Selagi teratak itu masih bertahan maka itulah teratak usang yang bakal menjadi pelindung enam beranak ini.
Jauh di sudut hati sememangnya menantikan sinar harapan untuk menikmati kehidupan yang lebih sempurna setelah sekian lama dihimpit kemiskinan.
Hilmi Malik
Mon Mar 07 2022
Teratak usang buat keluarga enam beranak di Kampung Jemari Baru, Mersing, Johor. - Foto Astro AWANI
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
PRN Johor: Teratak usang "istana" enam sekeluarga, sabar menanti sinar harapan
Teratak usang yang dihuni enam sekeluarga ini sangat daif dan sebahagiannya hanya menunggu waktu hampir menyembah bumi.
Belanjawan 2020: Sabah sambut baik bajet pembangunan infrastruktur
Meskipun mempunyai kekangan dan dilihat agak tidak mencukupi, pihak kementerian tetap menyambut baik perkara itu dan agihan peruntukan tersebut akan digunakan sebaiknya.
Kedaifan empat beranak pernah tinggal di kandang lembu
Demikian merupakan peribahasa yang boleh digambarkan kepada nasib sebuah keluarga di Changlun, Kedah yang bukan hanya hidup serba kedaifan tetapi turut tinggal merempat.