awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krismas: TPM Fadillah ajak rakyat terus perkukuh perpaduan, saling menghormati
Itali tangkap ketua mafia yang lama diburu di pangsapuri rahsia di Naples
Forest City berpotensi selesai isu kesesakan trafik, kepadatan penduduk Johor Bahru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: Masalah kesihatan punca Ahmad Yakob tolak jadi MB Kelantan

Sinar Harian
Sinar Harian
12/08/2023
10:36 MYT
PRN: Masalah kesihatan punca Ahmad Yakob tolak jadi MB Kelantan
Ahmad selesai membuang undi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Laut, Tumpat pada Sabtu. - Sinar Harian
TUMPAT: Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob mendedahkan masalah kesihatan menjadi punca beliau menolak untuk kekal sebagai Menteri Besar jika parti itu diberi mandat menerajui bumi serambi Makkah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.
Beliau berkata, perkara tersebut telah dimaklumkan kepada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada tahun ini.
"Saya sudah dua kali jatuh dan ada 'slip disc' sikit. Selain itu saya juga ada masalah jantung.
"Oleh sebab itu, saya maklum tidak mahu kekal sebagai Menteri Besar atas faktor kesihatan," katanya ketika ditemui pemberita selepas membuang undi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Laut di sini pada Sabtu.
Menurut beliau, sebaik sahaja Pas berjaya membentuk kerajaan senarai nama berdasarkan kepada kelayakan untuk calon Menteri Besar baharu akan dikemukakan kepada Abdul Hadi.
Ujarnya, sebanyak tiga nama akan dikemukakan dan kemudian dipersembahkan kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V untuk mendapat perkenan.
Calon Pas Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Pekan itu berkata, menjadi Menteri Besar bukan mudah kerana ia satu tanggungjawab yang berat.
"Seorang Menteri Besar perlu tahan berdepan ujian," katanya.
- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PRN
#PRN Kelantan
#MB Kelantan
#Ahmad Yakob
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan